Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Thursday, December 25, 2008
Orang Islam Yang Menolak Islam...
Oleh Kopitiam
Membaca rencana A thorn in Pakatan's side oleh BARADAN KUPPUSAMY, THE STAR pada hari ini tidaklah menaikkan darah teman. Dah orang kafir... begitulah sifatnya. Pemahaman tentang Islampun terlalu cetek dan sering dikelami oleh perlakuan orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan yang diperintahkan oleh Allah.Ada dua perkara yang teman nak bicarakan di sini...
Yang pertamanya ialah kecenderungan orang kafir untuk berbicara tentang Islam yang tidak difahaminya itu.
Ada seorang kawan cina satu pejabat teman yang dulunya agak cynical tentang Islam. Teman mula2 mengelak untuk melayan kenyataan2nya yang sinis itu...hinggalah pada satu hari teman tanya dia secara direct..
Apa you tau tentang Islam? Have you ever read a book about Islam? You pernah compare Islam dengan agama you? We have Al-Quran...you ada apa? You tau tak Islam ni bukan mau kahwin aje ada peraturan? Kita mau makanpun ada peraturan, mau "main" dengan isteripun ada peraturan, mau cebok berakpun ada peraturan...and we can rationalise why we must follow the rules and regulation. Kita ada undang2 jenayah, kita ada peraturan ekonomi, sosial dll. You name it....How about you religion?
Percaya atau tidak bila teman bercakap mengenai ini semua...mati kutu mamat tu. Sampai la ni dia tak berani cakap yang bukan2 pasal Islam dengan teman. Dengan orang lain teman tak tau...
Inilah fitrah orang2 kafir. Di mana2 sajapun mereka...asyik sibuk bercakap tentang Islam... satu2nya agama yang diiktiraf oleh Allah, Tuhan sekelian alam ini walaupun mereka tak faham itu Islam.
Yang keduanya...
Bila Islam ditolak oleh orang kafir itu biasa tetapi Islam ditolak malah dipersenda2kan oleh orang yang mengaku Islam..itulah yang luar biasa...baca tulisan Penarik Beca ni...Hudud tak akan diketepi kerana DAP - Salahuddin ...tergelejat-gelejat sangat (orang Umno) macam babi takut kat minyak kibas atau takut kat kura-kura..
Biar teman terus terang ajelah...memang macam babi perangai orang macam ni. Kelompok macam nilah yang memberi nama buruk kepada Islam.
Dia kata dia Islam tapi dia terima rasuah. Dia kata dia Islam tapi dia ada kedai arak. Dia kata dia Islam tapi dia salahguna kuasa. Dia kata dia Islam tapi dia merompak dan menyamun. Dia kata dia Islam tapi dia menzalimi rakyat. Dia kata dia Islam tapi dia letupkan orang mongol. Dia kata dia Islam tapi dia sapu wang zakat. Dia kata dia Islam tapi dia memenjarakan rakyat tanpa bicara. Dia kata dia Islam tapi dia merogol dan berzina. Dia kata dia Islam tapi dia berjudi malah ada lesen judi. Dia kata dia Islam tapi dia lawan hukum Allah. Pendek kata dia kata dia Islam tapi semua yang Allah larang dia buat dan apa yang Allah suruh buat dia tak buat.
Apa yang dibuat tidak melambangkan keperibadian Islam....itu masalahnya yob...

Benarlah kata Muhammad Abduh, sekembalinya dia dari buangan di barat, "saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”
Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan
Seseorang Islam juga boleh menjadi murtad disebabkan i'tiqad (kepercayaan) yang bertentangan dengan aqidah Islam. Di antaranya:
1) Tidak mengaku bahawa Allah Ta'ala ialah Tuhan yang berhak disembah.
2) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul yang dahulu diturunkan dari nabi saw.
3) Tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibrail.
4) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadits Rasulullah saw.
5) Tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.
6) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari Qiamat itu akan datang; dan yang berkaitan dengan hari Qiamat, seperti Syurga, Neraka, dan lain-lainnya.
7) Tidak mempercayai Qadha' dan Qadar, iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah Ta'ala.
8/ Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma' (kesepakatan) sahabat-sahabat Nabi saw dalam perkara hukum-hukum agama (ijma' sahabat).
9) Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil-dalil Qath'ei (dalil yang sudah mutlak) seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba, dan sebagainya.
10) Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil-dalil Qath'ei, seperti jual beli, berkahwin, sewa menyewa dan sebagainya.
11) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam sebagai suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari sembahyang, bilangan waktunya, bilangan raka'atnya.
12) Tidak mengakui kewajiban yang telah ditsabitkan dengan dalil-dalil Qath'ie, seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, Zakat, Haji, dan sebagainya.
Seseorang Islam yang melakukan perbuatan-perbuatan yang disebutkan di atas (1) hingga (4) , sama ada kerana
a) sengaja atau
b) sombong dan takbur, atau
c) hendak menghinakan agama Islam
boleh menyebabkan ianya menjadi murtad dan kafir.
Tak guna menunaikan Ibadat sekiranya telah ROSAK AKIDAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment