Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Thursday, December 25, 2008
Kapten(B) Dato Zahar Hashim ; Tamparan kepada UMNO
Oleh ning"Assalamualaikum,,..
Sedang sibuk menyalak mengenai hudud dan PAS, tiba tiba UMNO dikejutkan dengan kemasukan Kapten(B) Dato Zahar Hashim ke dalam PAS.Kenapa pada ketika Pemimpin UMNO sibuk melondehkan kepura puraan PAS mengenai hudud,tiba tiba seorang ketua cawangan UMNO (tak silap sudah digantung keahliaannya) membuat kejutan dengan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasa.Bukan setakat kemasukannya,tetapi beliau turut disertai olih sekumpulan ahli UMNO(sekarang bekas ahli) dari PJ Utara di mana antaranya ialah ketua ketua cawangan UMNO di PJ Utara.Kenapa mereka mengambil keputusan untuk menyertai PAS sedangkan pemimpin (sekarang bekas pemimpin) mereka sibuk mendedahkan kepura puraan PAS mengenai hudud.Bagaimana nak menjelaskan tindakan Kapten(B) Dato Zahar dan rakan rakan bekas ahli UMNO ini?
Kenapa Kapten(B) Dato Zahar memilih PAS kalau betul PAS menggunakan hudud dan agama untuk tujuan politik?Nampaknya selepas ini Pemimpin UMNO terpaksa mencari alasan lain untuk menunjukkan kemasukan Kapten(B) Dato Zahar ke dalam PAS adalah satu kesilapan.
Tetapi kepada kacamata orangramai, sudah tentu kemasukan ini merupakan jawapan jelas kepada setiap dakwaan pemimpin UMNO tersebut.PAS bukanlah seperti yang mereka gambarkan, sebaliknya PAS adalah bertentangan dengan apa yang mereka gambarkan.Kalau mereka mendakwa PAS menggunakan hudud untuk meraih sokongan, cerita sebenarnya ialah PAS benar benar ikhlas untuk melaksanakan hukum quran ini.Begitu juga sebaliknya,yang ingin mendapat simpati pengundi di P 36 dengan isu hudud ialah UMNO bukan PAS.
Kalau mereka mendakwa PAS sengaja membangkitkan hudud kerana PRK P 36,merekalah sebenarnya yang membangkitkan hudud untuk tujuan itu dan memerangkap PAS dalam PRK ini.
Kalau mereka mendakwa PAS tidak pernah membentangkan hudud untuk dilaksanakan maka merekalah yang selama ini yang menafikan pembentangan hudud PAS.Kelantan dan Terengganu adalah bukti betapa mereka berbohong.
Itulah yang dapat disimpulkan dari kemasukan Kapten(B) Dato Zahar dan rakan rakan ke dalam PAS.Mereka menyedari keikhlasan PAS dan menyedari PAS tidak pernah dicemari olih salahlaku pemimpin terutama rasuah yang ditentang hebat olih Kapten(B) Dato Zahar.
Sesudah banyak rasuah di dalam UMNO dan sesudah kedurjanaan mereka menutup setiap rasuah yang berlaku, kini UMNO mengundang bala apabila terus mempermainkan hukum ALLAH.Perkara ini mungkin disedari olih Kapten(B) Dato Zahar dan rakan rakan, lalu mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.Inilah contoh orang orang yang takutkan ancaman ALLAH dan diharapkan lebih ramai lagi datang kepada PAS selepas ini.
UMNO sudah tidak dapat diharapkan lagi, itu hakikat yang perlu di akui.Syukur dan syabas Kapten(B) Dato Zahar dan rakan rakan kerana menyedari hakikat ini.Sekaligus tindakan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment