Monday, October 9, 2017

Saturday, September 30, 2017

Monday, September 18, 2017






.

2017/09/17


Lapan Adun PKR Tidak Hadir Bersama Mat Taib Menggagalkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Selangor?

PANAS!!!
Mat Tyson cuba ulangi episod Perak, kata sumber
sumber : Jahabar Sadiq
Penyertaan semula Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno seharusnya melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun bagi membentuk sebuah kerajaan di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2017.
IA sepatutnya lebih daripada sekadar Muhammad Muhammad Taib masuk Umno semula semalam. Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang.
Namun kerana ada campur tangan daripada pihak berkepentingan yang berkuasa di Selangor, akhirnya, Presiden Umno Najib Razak hanya ada Muhammad seorang untuk muncul pada sidang media yang digembar-geburkan pada pukul 5 petang di Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight rundingan untuk membawa Muhammad, 72, pulang ke pangkuan Umno dan menarik masuk lapan yang yang lain itu diuruskan oleh orang tengah dan bukannya perdana menteri sendiri.
"Najib dimaklumkan semuanya lancar tetapi apabila beliau tiba, hanya Mat Tyson ada di situ," kata seorang sumber parti kepada The Malaysian Insight, dengan menggunakan nama gelaran popular bekas Menteri Besar Selangor itu.
"Rundingan terbantut kerana ia tersekat di peringkat tertinggi apabila didapati Mat Tyson termasuk dalam rundingan itu," kata seorang sumber lain kepada The Malaysian Insight.
Perkembangan itu membawa kepada pengumuman yang pendek dan hambar semalam Muhammad kembali ke pangkuan Umno, biarpun kehadiran hampir semua anggota Majlis Tertinggi Umno hadir sama mencetuskan desas-desus serta spekulasi peralihan sebuah kerajaan negeri atau rombakan dalam parti menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Ogos 2018.
Difahamkan percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.
Kenapa lapan Adun PKR itu mahu meninggalkan parti mereka tidak didedahkan, kata sumber Umno yang mengetahui percaturan tersebut.
Pemerhati politik berkata langkah membawa Muhammad dan lapan Adun mengulangi episod yang berlaku di Perak pada 2009 ketika mana tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat keluar daripada kerajaan yang memerintah dan menyokong Barisan Nasional di DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi.
Ia menyebabkan kerajaan PR yang mempunyai 28 wakil rakyat tumbang. Sultan Perak kemudian mempelawa BN yang mempunyai 28 Adun untuk membentuk kerajaan negeri setelah ia mempunyai majoriti tipis susulan tindakan tiga Adun yang lompat parti itu.
Pemerhati juga berkata langkah Muhammad semalam membayangkan hasrat Najib dan Umno untuk mengguna pakai jalan yang sama seperti di Perak untuk mengalahkan seteru politiknya di Selangor.
Muhammad empat penggal menjadi wakil rakyat Batang Kali (1982-1999) dan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 apabila beliau letak jawatan berhubung kes mata wang di Australia.
Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013, empat tahun selepas tidak tersenarai dalam Kabinet Najib pada 2009. Beliau meninggalkan PAS selepas dua tahun dan menyertai PKR pada 2015.
Muhammad berbalah dengan Istana Selangor apabila berkahwin secara sulit dengan adinda kepada Sultan sekarang pada 1987 di Thailand. Beliau dan puteri Selangor itu, Tengku Puteri Zahariah Sultan Abdul Aziz Shah, kini sudah bercerai.
Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia dua tahun lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyentuh tentang beberapa menteri besar negeri itu tetapi membuat kenyataan yang keras tentang Muhammad.
"Yang banyak tukar adat ini ialah Muhammad Muhammad Taib. Macam penganugerahan darjah kebesaran tidak lagi melalui Dewan Diraja, tetapi Exco sahaja luluskan terus, bagi darjah kebesaran.
"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS. Kemudian apabila PAS kelam kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat.
"Kalau orang tidak ada prinsip jadi pemimpin, memang goyanglah. Kita mesti teguh. Kalau kepercayaan kita betul, periksa dan ulang periksa dan jangan berganjak bila sudah buat keputusan," titah baginda. – 18 September, 2017.

Tuesday, September 5, 2017

Saturday, September 2, 2017

Azmin diberi tempoh 14 hari usir Pas dari kerajaan negeri Selangor


 logo Pakatan Harapan
 Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) menuntut Datuk Seri Azmin Ali mengusir Pas daripada kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 14 hari jika benar Menteri Besar itu komited untuk memacu kekuatan Pakatan Harapan.
Zanirun Baba













Jurucakap GAH, Zanirun Baba (gambar kiri) berkata, Timbalan Presiden PKR itu juga dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Menurutnya, Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan mesti mengutamakan kesamarataan antara kesemua komponen parti dalam sekretariat itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bahawa Azmin akur dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menolak sebarang perbincangan dengan Pas dan janjinya akan mengukuhkan jentera pilihan raya bagi menghadapi tiga penjuru.
Sehubungan itu, GAH, ujarnya, turut mendesak Azmin memaklumkan kepada kelompok kartelnya untuk menolak lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan serta menerima secara inklusif penyokong Pakatan Harapan dalam keputusan dasar siasahnya.
"Tanpa sebarang tindakan daripada Azmin, kenyataannya hanyalah auta dan sandiwara sahaja yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti.
"Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU (Pilihan Raya Umum) nanti," tegas Zanirun bersama lima jurucakap GAH lain.

Friday, September 1, 2017

Thursday, August 17, 2017

Wednesday, August 16, 2017

Sunday, August 13, 2017
















Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang
arah apabila ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya
sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik
 Pas kini berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan
Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya
jika mahu terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi
Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila
 kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej
 perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan
yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu
besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya
sekarang, PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan
di Kelantan," katanya di Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak
 kerajaan Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila
 parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah
Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan
Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
Mdateline.

Saturday, August 12, 2017

Di Petik Dari Sumber


 Pas

Pas akui Umno-

BN boleh dimanfaat bela Islam


Hashim Jasin
Pas menentang segala kezaliman dan penyelewengan Umno-BN namun mengakui pemimpin dan ahli parti itu ialah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam.
Hashim Jasin
Pas menentang segala kezaliman dan penyelewengan Umno-BN namun mengakui pemimpin dan ahli parti itu ialah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam.
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata Pas boleh bekerjasama dengan Umno-BN dalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355.
"Pas sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, kita telah memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah SAW dengan berpolitik secara matang.
"Kita memilih antara dua kemudharatan iaitu bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam (juga suatu kezaliman menurut pandangan Islam)," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Hashim berkata sikap Umno-BN berbeza dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam.
"Kita pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.
"Terkeluarnya DAP dari BA pada 2001 adalah kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam, sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan," katanya.
Menurut beliau, ketika Pas tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP dan tindakan zalim BN ke atas rakyat, Pas menyasarkan ahli-ahli Umno dan penyokong BN sebagai orang yang perlu didakwah.
"Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, Pas juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno.
"Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf kita dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka," jelasnya.
Justeru katanya, Pas mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang dan seharusnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam.
"Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan keuntungan kepada Islam," katanya.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Tuesday, August 8, 2017

Di Petik Dari Sumberr:http://poyomelayu.blogspot.my/2015/04/penyatuan-melayuhanya-ilusi-lembu.html

Penyatuan Melayu..Hanya 

Ilusi Lembu

Engkau pakai Viva,anak wakil rakyat Melayu pakai Bentley,Lamborghini.Engkau duduk rumah sarang merpati 900 sq ft,menteri dan ahli parlimen serta korporat Melayu duduk banglo dan mansion harga 3 juta.Engkau ingat mereka nak bersatu dengan engkau atas nama Melayu???Bodoh betul Melayu.

Helo Melayu...
takde manusia nak bersatu atas nama bangsa.Ada ke org kaya Melayu yg drive BMW X6 dtg rumah engkau ajak engkau minum kat Mont Kiara sebab rasa nak bersatu atas nama Melayu.Puiii!.Bullshit lah kalau ada.

Jadi,penyatuan Melayu ni ilusi saja.Engkau Melayu jgn jadi bodoh.Manusia bukan tengok pada kulit engkau untuk bersatu.Melayu kaya akan berkawan dgn Cina kaya dan India kaya.Melayu miskin jgn pasang angan angan nak berdamping dgn Melayu kaya sebab kau kongsi nama Muhammad atau kau kongsi satu tuhan.Pundek lah!!.

So Melayu engkau kena sedar diri lah sikit.Manusia hanya bersatu atas kelas pengguna dan kapitalis,buruh dan bangsawan.Ini engkau kena paham.Benda ni senang je kalau engkau nak berfikir.Kalau engkau malas baik engkau jadi lembu atau tapir.

Manusia tak kira Melayu,Cina,India,mat saleh,Bangla,ada kecenderungan untuk tamak dan mempergunakan manusia lain untuk kepentingan diri mereka sendiri.Ini fitrah manusia dan telah berlaku semenjak manusia wujud.Pertentangan ini tak akan habis dan selesai.Jadi engkau jangan jadi lalang.Dan engkau jangan jadi bodoh pulak.Melayu yang menindas engkau akan gunakan pelbagai alasan untuk mengaburi mata engkau.Betapa indahnya dapat bersatu atas nama Melayu.Betapa kuatnya Melayu jika bersatu.Sapa punya idea ni?engkau nak bersatu untuk lawan sapa?sapa musuh engkau sehingga menyebabkan engkau perlu bersatu.Entah entah musuh engkau ialah diri engkau sendiri.Kebodohan engkau sendiri.Betul tak?

Kita hidup dengan undang undang yang seharusnya universal,sejagat.Engkau perlu hidup dgn nilai diri engkau,bukan bergantung dengan kulit engkau.Engkau kena hidup dengan usaha dan ilmu yg engkau dapat,bukan sebab bangsa engkau apa.Kalau engkau seorang yang "firm" dgn jatidiri diri engkau sendiri,engkau boleh persetankan pasal penyatuan bangsa.Jangan jadi keldai tunggangan manusia manusia yg punya kepentingan perut dan organ dibawah perut.

pomyyoblogspot.melayu.

Friday, April 28, 2017

BIODATA 5 BEKAS PRESIDEN PAS Menyertai dan Memimpin PAS
Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.

PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS.


Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.


Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.


Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.


Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.


Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.


Demokrasi dalam PAS


Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya menyertai PAS.


Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.


Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.


Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.


Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebelum menyertai PAS.


Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.


Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad.


Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.


Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut.


Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.


Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.


Seorang Demokrat Berperlembagaan


Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu.


Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan.


Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri.


Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.


Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut.


Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggunakan kempen ”Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak?”


Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.


PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan.


Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya.


Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu.



Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia.



Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu.



Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara.



Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.



Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.



Sumbangan kepada Gerakan Islam



Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya.



Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.



Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu – bahkan seluruh bumi Asia – daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur.



Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.



Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.



Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama - iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.



PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.



Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.



Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan.



Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.



Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.



Karya dan Penulisan



Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:



• Perjuangan Kita, 1946

• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954,
• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan


Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh.



Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.



Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati.

Monday, June 20, 2016


Semua ciptaan Amerika dan sekutunya Arab Saudi , Turki , Qatar.Pemberontak seperti IS , FSA dan Al Nusra mengaku sebagai Mujahidin , tetapi dalam masa yang sama buat kerja kotor Zionist.Zionist nak buat Syria macam mana mereka buat di Libya.Dulu Libya masa pemerintahan Muammar Ghaddafi , Libya adalah antara negara yang paling terkaya di Africa.Sekarang Libya jadi negara NATO dan negara yang gagal , terima kasih pada keldai-keldai yang mengambil senjata dari NATO dan melancarkan kononnya JIHAD di Libya dan membunuh Muammar Ghaddafi.Sekarang Syria pula.Kalau Bashar Al Assad tumpas , Syria akan jadi seperti Libya.Zionist memang mahukan Assad tumpas.Masa depan Syria begantung pada rakyat Syria , bukan pada kuasa asing yang masuk campur dan sibuk untuk buang Bashar Al Assad dari kuasa.

Tuesday, May 31, 2016


Tolak Hudud Kelantan, RUU Tidak Jatuh Kafir Ustaz PKR. Sebarkan...

Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.

Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.

Wan Ji juga berkata, gelaran sama (kafir) tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.
“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.

“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.
Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu

“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.
Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa

Monday, May 30, 2016







FACE BOOK

Laaa rupanya dah siap skrip.

Haji Hadi memang dah sedia skrip siap ada dlm skrip mintak tangguh.

Hahahahaha bentang usul ingatkan nak pecah Pakatan Harapan.

Lst2 BN yg pecah.

















Di petik dari sumber
Bukan Islam Masih Bersama PAS Selepas Berpisah Dengan PR dan RUU Dibentangkan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Analisis Isu

Ramai yang membuat anggapan PAS akan ditolak oleh bukan Islam apabila berpisah dengan Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan DAP. Apabila Presiden PAS membentangkan RUU Persendirian yang berkaitan meningkatkan keupayaan Mahkamah Syariah yang disebut sebagai Hudud maka bertambahlah bukan Islam menjauhi PAS. Anggapan itu salah sama sekali. Kita tak tahu perancangan Allah. Allah boleh mengatur sesuatu yang tak terfikir sperti kita tak terfikir bagaimana UMNO boleh mencadangkan dipercepatkan RUU dibentangkan. Itu semua kerja Allah.























Nak beritahu bukan Islam dikalangan PKR lebih percaya PAS daripada parti lain.



Apakah orang Islam nak jadi bodoh kerana mereka?
Posted on Monday, May 30 @ 21:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Respon"Assalamualaikum,,,

Siapa yang main wayang sebenarnya? PAS dan Umno atau MCA, Gerakan dan DAP? yang menentang RUU pindaan akta 355 semakin nampak gila, sehingga ada exco MCA di Kedah keluar parti dan presiden MCA serta Gerakan mengugut akan letak jawatan kalau gagal halang pindaan ini.

Mereka semuanya kafir yang tidak akan terjejas dengan pindaan dan mereka dari MCA dan Gerakan cepat menyahut seruan LGE dari DAP untuk menyatakan pendirian mereka, semuanya serupa menentang pindaan dengan alasan menjaga keharmonian negara majmuk.

Apa punya bodohnya pendirian mereka mereka ini sedangkan tak ada siapapun yang larang mereka untuk minum arak, makan babi dan nak berguling buat sex tanpa nikah dan sesungguhnya kita orang Islam dicabar sebegitu rupa malah dalam satu aspek diperbodohkan agar mengikuti apa yang mereka mahu.

MCA satu ketika dulu pernah mengajar orang Islam dalam Umno supaya menyediakan arak dalam setiap majlis yang dianjurkan dengan ungkapan majlis yang tidak ada arak itu tidak kelas dan ada pula orang Islam dalam Umno terpengaruh.Hari ini orang Islam dalam Umno sudah mula menyedari kesilapan itu dan menerima usaha PAS untuk mengamalkan Islam yang sebenarnya.MCA mengelabah kerana tidak berupaya mempengaruhi orang Islam Umno lagi jadi mereka mula jadi gila.Ada ker munasabah exco di Kedah keluar parti dengan sebab pembentangan RUU itu sedangkan dia duduk jauh dari negeri yang akan terkesan dengan RUU itu malah lebih menghairankan lagi, kalaupun negerinya turut terkesan, dia tidak terjejas apa apa pun.itu kerja gila!
Sebab itu ada sebab untuk percaya mereka sedang main wayang untuk mengugut MP Islam dalam BN agar menolak pindaan dan kalau wayang mereka berjaya dengan adanya MP Islam dalam BN menolak nanti bermakna kita orang Islam sudah berjaya diperbodohkan oleh mereka.Nampak seperti kesatuan dalam BN sudah tergugat dengan RUU ini, tetapi sejauh mana kesedian mereka mengotakan apa yang mereka kata masih belum terjawab.
Apa yang penting, para MP Islam perlu sedar dengan permainan wayang mereka dan perlu tegas menyokong sesuatu yang membaweta kepada perlaksanaan perintah Islam, tak ada kompromi tentang itu, kalau MP Islam sayangkan ugama mereka tapi kalau MP Islam masih mahu diajar oleh MCA bagaimana nak berugama, hiduplah kita berulamakkan MCA selama lamanya.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 senik
Posted on Monday, May 30 @ 21:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah