Thursday, December 25, 2008

Anwar perlu bangkit dan bertindak

Anwar perlu bangkit dan bertindak
Dilulus terbit pada Thursday, December 25 @ 23:55:00 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh anak_muar

" Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah ke hari ini tahun yang ke-10 insan bernama Anwar Ibrahim terus diserang dan difitnah dengan tuduhan yang berat dan mengaibkan.

Kerana fitnahlah Anwar tersunkur seterusnya dipecat serta dizalimi dengan begitu kejam oleh rejim UMNO-BN.Semua tuduhan jahat dikenakan terhadap Anwar seoerti salah laku seks, rasuah, agen negara asing dan pengkhianat bangsa.

Apakah kesalahan besar Anwar sehingga beliau diperlakukan begitu?Walaupun Abdullah PM selepas Mahathir telah membebaskan Anwar namun kebencian UMNO terhadap Anwar tidak pernah pudar malah semakin meruap-ruap.Apakah yang menjadi ketakutan yang teramat bagi UMNO terhadap insan kerdil yang bernama Anwar.

Beliau hanya seorang rakyat biasa yang ingin membawa perubahan terhadap lanskap politik Malaysia kepada yang lebih bersih dan profesional.Adakah kekuatan semangat Anwar lebih berganda dengan kekuatan rejim UMNO-BN yang sudah berusia lebih 50 tahun. Mengapakah Anwar dilayan seperti pengkhianat nombor satu negara yang amat berbahaya.

Tidak cukup puaskah apa yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap Anwar yang direnyuk-renyuk seperti sampah sedangkan beliau adalah bekas pemimpin kedua tertinggi dalam UMNO dan BN.Dalam masa 10 tahun ini fitnah dan tuduhan terhadap Anwar dengan berbagai tajuk dihamburkan seperti peluru terhadapnya.

Namun ia langsung tidak mematah dan menggugat semangat insan yang bernama Anwar malah beliau semakin popular dan diterima umum.Setiap saban hari ada sahaja tuduhan baru terhadap Anwar.Selepas negara dilanda tsunami politik pada PRU-12 Mac lepas kerajaan UMNO-BN telah dilanda kekalahan yang begitu memalukan.Namun UMNO tidak laghi merasa serik dan terus menerus menekan Anwar.

Tuduhan liwat sekali lagi diwujudkan dengan mengaitkan Anwar dengan seorang budak pembancuh kopi di pejabatnya bernama Saifool Bukhari.Tuduhan liwat ini sekali lagi telah memeranjatkan seluruh negara.Namun itulah Anwar seorang insan yang sentiasa tenang dan tersenyum tabah menghadapi tuduhan liwat terhadapnya.Tuduhan liwat ini menjadi kemuncak apabila Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh apabila Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut untukmemberi laluan kepada suami tercinta.

Maka perang sumpah oleh UMNO dilancarkan untuk mengaibkan Anwar.Namun sumpah laknat yang dilakukan tidak memberi kesan kepada pengundi Permatang Pauh dan seterusnya Anwar menang bergaya denga majoriti yang lebih besar.

Kepulangan Anwar dalam arena politik sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.Sebagai ketua pembangkang Anwar berperanan menjadi seorang ketua pembangkang yang berkesan dan berani mendedahkan kepincangan dalam UMNO-BN.Kita sedari bahawa selepas PRU-12 ini rejim UMNO-BN sudah mudah perlahan-lahan berubah untuk melayani permasalahan rakyat bawahan walaupun ia mencurigakan.

Segala kehendak rakyat mula dilayan dan dipenuhi.Namun dasar mereka terhadap Anwar tidak pernah berubah malah semakin dasyat kebencian UMNO terhadap Anwar.Segala ruang dan peluang Anwar disekat.Fitnah dan tuduhan terus ditaburkan bagi menghalang kebangkitan Anwar.Kini UMNO melaga-lagakan pemimpin pakatan pembangkang yang kini dikenali Pakatan Rakyat.Sasaran utama mereka adalah Anwar bukan Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang.UMNO lebih gementar terhadap Anwar berbanding tokoh pembangkang lain.Kini UMNO melaga-lagakan Anwar dengan PAS.

Mereka mendakwa PR di bawah telunjuk Anwar.Sebarang keputusan PR adalah dari Anwar.Mereka juga menuduh bahawa di dalam PAS mempunyai dua kelompok yang sebahagiannya kumpulan yang digelar kumpulan Edorgan yang pro Anwar.Ia bertujuan bagi memecah-belahkan perpaduan dikalangan pemimpin PR.Kita dapati UMNO begitu bacul dalam strategi melawan musuh politik.

Tuduhan dan fitnah adalah senjata utama bagi UMNO bagi mematahkan serangan pihak lawan. Tumpuan mereka adalah tetap Anwar.Menjadi persoalan umum mengapakah pemimpin pembangkang lain tidak menghadapi tekanan dan kesukaran seperti yang dilalui Anwar.Nik Azizi,Hadi Awang,Lim Kit Siang dan juga yang lainnya tidak melalui ancaman ganas dari UMNO-BN. Tetapi Anwar sebaliknya.Beliau dizalimi dengan kejam serta difitnah dengan begitu aib oleh rejim UMNO-BN.Persoalan ini yang menjadi tanda tanya.

Apakah yang ditakuti oleh UMNO terhadap Anwar dan apakah kesalahan besar Anwar sehingga perlu melalui laluan sukar seperti ini. Di manakah kesilapan kedua-dua pihak ini?Anwar perlu bangkit melawan dari terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan yang berat dan mengaibkan. Anwar perlu mencari platform yang sesuai untuk membela dan membersihkan dirinya dari tuduhan yang terus dilontarkan terhadapnya. Walaupun kita sedari bahawa sukar untuk Anwar mencari ruang untuk membela diri namun sesuatu yang bijak dan berhati-hati perlu dirangka untuk menghadapi serangan rejim UMNO.

Anwar perlu bertindak menghentikan segala seranga fitnah terhadapnya.Kita tidak mahu fitnah ini menjadi sejarah yang tidak pernah selesai dan diwarisi oleh generasi akan datang.Bahana fitnah ini mat merbahaya jika tidak dihentikan. Perjuangan menentang fitnah perlu disekalikan dengan perjuangan dalam membela rakyat.Anwar tidak boleh membiarkan penfitnah-penfitnah ini bermaharaja lela meneruskan agenda jahat mereka terhadap Anwar. Anwar perlu menghentikan segala kekeliruan rakyat terhadap keperibadiannya yang telah dicemarkan oleh pihak yang memusuhinya. Peperangan menghentikan fitnah terhadap Anwar perlu disitiharkan.

No comments: