Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Friday, December 26, 2008
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diluluskan tidak beri akan impak
Oleh abdullahngah
Sememangnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasa tersangat bangga, kerana Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia lulus meskipun kerajaan yang diterajuinya tidak dua pertiga.Menantunya pun turut berbangga dan berkata, inilah undang undang terbaik untuk membenteras rasuah konon.
Barangkali juga undang undang itu mendapat sokongan pembangkang, sebab itu dia tersangat bangga sakang.
Lulus atau tidak undang undang bukan masaalahnya. Yang menjadi masalah besar ialah perlaksanaan satu satu undang undang yang diluluskan. Berkesan atau tidak bergantung pada perlaksanaanya.
Apabila ia dilaksanakan baru Nampak kesannya. Kalau tidak dilaksanakan sia sia juga. Demikian juga undang undang Islam yang amat “sempurna” dan “fleksibel”, Ia tidak memberi apa apa kesan jika diluluskan, tetapi tidak dilaksanakan.Cuma gah kerana ada atas kertas sahaja.
Negeri Terengganu sudah pun ada undang undang Islam dan diluluskan, tetapi apa kesannya? Apa sudah jadi dengan undang undang itu. Oleh kerana undang undang itu tidak dilaksanakan, maka jenayah zina berlaku secara berleluasa.
Justeru itu undang undang cegah rasuah yang baru diluluskan itu pasti akan sama juga dengan undang undang yang sedia ada kalau tidak dilaksanakan.Apa kurangnya dengan undang undang yang sedia ada.
Jangan diharap ia lebih baik fungsinya jika di bandingkan dengan undang undang yang berada dibawah Badan Pencegah Rasuah dahulu miski pun bidang kuasa yang diperuntukan lebih luas. Luas sempit duduk dalam kertas sahaja. Apalah artinya.
Sejarah telah membuktikan undang undang yang sudah di luluskan dahulu itu bukan kerana longgarnya peruntukan yang digariskan, tetapi longgar dari segi perlaksanaanya dan tidak konsisten.
Mengapa begitu? Jerung bebas dengan alasan tiada bukti yang mereka terbabit dengan Rasuah walaupun ada bil bayaran yang dibuat, tetapi malangnya ikan bilis kebanyakan tidak terlepas dan disebut ada kes dan terbabit.Alangkah zalimnya.
Disini dapat kita buat kesimpulan, mereka yang berprofril tinggi kebanyakan bebas miskipun sudah disabitkan oleh Mahkamah seksyen. Apabila dibuat rayuan semula di mahkamah tinggi dan Persekutuan mereka didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
Banyak kes berprofil tinggi mereka yang didakwa dan dijatuhkan hukuman dibebaskan. Yang peliknya ikan bilis tidak akan terlepas miskipun suapan RM 2,500. Jerung yang baham wang rakyat ratusan juta ringgit bebas.
Oleh itu undang undang bukanlah masalah, yang jadi masalah ialah pengamal dan pemimpin Negara yang diberi amanah untuk melaksanakan undang undang, sebab itu sesetengah pengamal undang undang berkata undang undang walaupun kurang baik, tetapi jika dilaksanakan pasti ianya memberi iampak yang besar pada sesebuah kerajaan. Malah ianya berupaya menyelesaikan pemasalahan yang dihadap oleh rakyat.
Buatlah undang undang sebaik mana sekalipun, jika ia tidak dilaksanakan sudah pasti tidak akan memberi apa apa kesan pun, malah ia akan jadi sia sia disebalik menwar-war ia baik untuk tujuan menbenteras rasuah.Yang ada hanya gah dan berbangga.
Kasut Punya Pasal..Bodolah tak pasal2
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 10:00:00 MYT oleh TokBatin
Oleh yb"
Salam ..Kononya nak mengeluarkan kenyataan 'mengampu' Presiden Amerika, Abdullah Badawi, PM Malaysia terpaksa terima kutukan rakyat sendiri, dan mungkin juga umat Islam negara lain. Ianya ekoran kenyataan mempertahankan sikap pelempar kasut kepada BUSH di Iraq sebagai tidak wajar dan tidak menghormati pemimpin Amerika itu.Akibat kedangkalan pemikiran dan sememang tidak layak memimpin rakyat Malaysia, Bodolah sengaja meletakkannya dalam keadaan serba salah. Sepatutnya beliau tidak menyentuh perkara yang berlaku di negara orang lain itu untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Iraq khususnya dan dunia amnya.
Apa salah jika beliau turut memberi simpati kepada pemuda itu yang dianggap wira baru bagi dunia Islam dengan menghaburkan sedikit pujian di samping mempertahankan BUSH..Sedarkan Bodolah bahawa BUSH sudah membunuh beribu umat Islam Iraq dan mungkin terdapat juga saudara Muntazer yang telah terbunuh??
Itulah tahap pemikiran seorang PM yang menjadi sanjungan ahli umno dan BN di negara kita. Beliau bukan sahaja hilang kredibiliti menjadi seorang pemimpin, malah ketika menjadi pengerusi OIC, Bodolah merupakan antara pengerusi paling teruk sekali. Apa tindakan beliau ketika Israel dan Amerika sewenang-wenangnya membunuh umat Islam di negara teluk?
Beliau patut berasa malu dengan segala kenyataannya itu dan tidak perlu mengulas hal dalaman negara orang lain.
Banggakah Bodolah dengan BUSH yang telah mentalqinkan beribu2 nyawa umat Islam itu? Atau terlalu takutkah Bodolah kalau mengutuk BUSH secara terangan, dibimbangi akan disekat hubungan dagang dan diplomatik??
Pulanglah Bodoloh...Pulanglah...
Tidurlah di istana Putrajaya tu....sebelum kamu ditidokan....
salam..
"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment