Friday, January 2, 2015

Pembalakan dan Banjir di KELANTAN


Kenyataan yang saya sendiri tulis bagi pihak
 Pengerusi LajnahAlam Sekitar PAS MALAYSIA 
berkenaan pembalakan di Sarawak
 pada Mac 2013. Pembalakan hanya
di Kelantan??? Sudah la.Jangan politikkan 
musibah banjir di Kelantan. Adalah lebih baik
jika Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri Kelantanbekerjasama untuk membantu
 mangsa-mangsa banjir khususnya
 di Kelantan. Tidak baik menuduh pembalakan
sebagai satu-satunya faktor musibah banjir
 yang luar biasa di Kelantan tanpa mengam...
Continue Reading

Sebelum nak tuduh Kelantan berkenaan
pembalakan,tengok dulu pembalakan di Sarawak.
 Bandingkan dengan Hutan di Kalimantan Indonesia. 
Tidak ada pembalakan tidak terkawal di 
negeri-negeri yang ditadbir UMNO/BN???

Sebelum nak tuduh Kelantan berkenaan
pembalakan.Tengok dulu di Pahang.
 Penerokaan hutan yang gagal
diuruskan dengan baik contohnya
di Hutan Simpan Kemasul
 (sebelah Felda Kemasul,
 Kg.Cemomoi Mancis) yang
melibatkan 3000 hektar kawasan hutan,
Projek Empangan Kelau yang melibatkan 
1057 hektar Hutan Simpan Lakum,
Mukim Hulu Lepar di Kuantan,
 manakala Hutan Simpan Tekai,
 Kg. Bantal, dan Kg. Mat Daling
yang melibatkan 700 hektar
 kawasan hutan. Tidak ketinggalan
juga Mukim Ulu Jelai
 Cameron Highlands dan di Tasik Chini.
Artikel yang
saya tulis pada Januari 2013.
Kita tahu air dari Sg.Galas dan Sg.Lebir bertemu
dengan air di Sg.Kelantan(248KM) di Kuala Krai
 sebelum mengalir melalui
 Bandar Machang, Tanah Merah,
Pulai Chondong, Ketereh,
Pasir Mas, dan akhirnya melalui Kota Bahru
 dan Tumpat
sebelum keluar ke laut melalui Pulau Aur.
Air dari Sg.Galas(178KM) juga melalui Jeli
dan Gua Musang
 dan kemudiannya bertemu dengan Sg. Beris
 manakala air
dari Sg.Lebir(91KM) pula yang bercantum
 juga dengan
Sg.Kelantan mengalirkan airnya melalui Manik...
Continue Reading

  • Rosali Hasan Tuju Selamat komen anda betul kerajaan negeri
    8 hrs · Like
  •  masing2 sepatutnya lebih bersedia dgn peralatan dan logistik tak kira
  •  Bn atau Pr dah boleh ambik iktibar akibat x ambil peduli hanya tunggu 
  • banjir dtg baru nak buat itu ini
  • Huzir Sulaiman Kerajaan Persekutuan UMNO/BN juga
    3 hrs · Like
  •  bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedudukan PERHUTANAN NEGARA seperti yang dilaporkan Indeks Prestasi Alam Sekitar Sedunia. Lihat juga penerokaan Hutan di Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah dan di Johor. Artikel y...See More
  • Huzir Sulaiman Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia Merosot. Kerajaan Persekutuan UMNO/BN juga bertanggungjawab.
    3 hrs · Like
  • Huzir Sulaiman Peta Negara di warnakan MERAH oleh Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia. Merah bermaksud prestasi Negara semakin menurun. Kedudukan Perhutanan Negara ketiga tercorot di dunia (2012). Pembalakan/Penerokaan Hutan juga berlaku di Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Banjir di Pahang (Negeri PM) tidak ada kena mengena dengan pembalakan???


Projek tebatan banjir di Kampung Penambang hingga ke belakang Istana Kota Lama di Kota Bahru sejauh 3.5KM menelan belanja RM266 Juta. Rasa-rasanya, berapa banyak duit yang diperlukan untuk buat projek tebatan banjir di sepanjang Sg.Galas, Sg.Lebir sehingga ke muara Sg.Kelantan sejauh 571KM??? Kiraan kasarnya ialah kos sebanyak RM43.4 Billion.
Nak buat projek tebatan banjir di Kemaman dan Dungun Terengganu sahaja pun dianggarkan akan mencecah sehingga RM400 Juta.
Macammana Kerajaan Negeri Kelantan nak buat buat projek tebatan banjir bila anggaran pendapatan negeri 2015 hanyalah di sekitar RM530.8 Juta sahaja??? Dinafikan Royalti Minyak pulak tu, yang sudah dikaut Kerajaan Persekutuan UMNO/BN lebih RM4 Billion.
100% pendapatan Negeri Kelantan mahu digunakan untuk projek tebatan banjir???
Walaupun keseluruhan hasil minyak sebanyak RM4 Billion lebih itu diserahkan pada Kerajaan Negeri, ia masih tidak dapat memenuhi anggaran kos pembinaan projek tebatan banjir sebanyak RM43.4 Billion tadi.
Persoalan Kedua, adakah Projek Tebatan Banjir satu-satunya solusi jangka panjang pencegahan Banjir dalam keadaan Bandar Kota Bahru masih dilanda Banjir walaupun terdapat projek tebatan banjir yang sudah dilaksanakan di bandar itu???
Pada pandangan peribadi saya, adalah lebih wajar jika sumber kewangan yang ada digunakan untuk kerja-kerja pemulihan pasca banjir(pembinaan semula kediaman yang musnah, bantuan saraan hidup, persekolahan dsbgnya) termasuk persiapan peralatan, pusat pemindahan baru(yang tidak ditenggelami air) termasuk bekalan makanan, minyak, gas dan sebagainya untuk digunakan ketika musim tengkujuh selepas ini.
Jawapan saya pada mereka-mereka yang menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan kerana kononnya tiada projek tebatan banjir di Negeri itu.
Jangan lupa tanggungjawab serta peranan Kerajaan Persekutuan UMNO/BN juga dalam menyediakan infrastruktur tebatan banjir di Kelantan. Di manakah janji mereka seperti yang telah disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-7 khususnya di Rantau Panjang???
Kenapa Kelantan masih tidak diberi Royalti Minyak ketika Thailand diberi juga Royalti minyak yang sama???
Hentikan polemik serang Kerajaan Negeri ketika tumpuan serta fokus utama sepatutnya ditumpukan terhadap mangsa banjir.
(Gambar Banjir Di Bandar Kota Bahru baru-baru ini)

  • Huzir Sulaiman Kerajaan Persekutuan UMNO/BN juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedudukan PERHUTANAN NEGARA seperti yang dilaporkan Indeks Prestasi Alam Sekitar Sedunia. Lihat juga penerokaan Hutan di Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah dan di Johor. Artikel y...See More
    3 hrs · Like
  • Huzir Sulaiman Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia Merosot.
    3 hrs · Like
  • Huzir Sulaiman Peta Negara di warnakan MERAH oleh Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia. Merah bermaksud prestasi Negara semakin menurun. Kedudukan Perhutanan Negara ketiga tercorot di dunia (2012). Pembalakan/Penerokaan Hutan juga berlaku di Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
    3 hrs · Like
  • Abdul Fatah Mohammad Good info Sdr (Dr?) Huzir.
    Kita sedar rekod x berapa baik Kerajaan Pusat dlm isu pemuliharaan sumber hutan, dan kita mengharapkan kerajaan negeri Kelantan boleh menjadi contoh bagaimana Islam menjaga kelestarian alam dan keperluan pembangunan. Sy perso
    nally agak kecewa dgn apa yg telah & sdg berlaku di Lojing, hampir sama dgn apa yg berlaku di C. Highlands. So apa beza kita dgn mereka. Sy rephrase, 'pada pandangan sy banjir mmg akan berlaku melihat kpd jumlah taburan hujan luar biasa tahun ini, tp banjir LUMPUR besar yg berlaku particularly di Manik Urai & K. Krai ada sbb yg lebih drp itu'.
    My last honest question for an honest answer. Harap jwp based on your best knowledge: 'Is previous & current logging activity in Lojing really sustainable?'. Tq.


No comments: