Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Monday, May 13, 2013
| Kerajaan BN Tumbang Selepas Petisyen Ini?? Posted on Monday, May 13 @ 16:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Mengikut pendapat beberapa penganalisis politik tanah air BN mungkin boleh tumbang selepas ini melalui petisyen yang dibuat.
Manakala penasihat DAP, Lim Kit Siang juga berkata, jika usaha untuk membuat petisyen berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
Katanya lagi "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,"
Lim Kit Siang memberitahu, pihak DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.
"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.
Manakala PKR telah melantik Rafizi Ramli untuk mengetuai bantahan serta membuat petisyen untuk PRU ke-13 kali ini.
Manakala PAS pula menyerangkan negeri-negeri membuat petisyen.
....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment