Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Monday, May 13, 2013
Abdul Khalid Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Penggal Kedua
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan watikah pelantikan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di Klang pada Selasa.
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
14 Mei 2013
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini.
Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi.
Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.
Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.
Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/5/14/mstar_berita/20130514102329&sec=mstar_berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment