Saturday, January 31, 2009

Hampir sah.. 2 Exco Perak keluar PKR?
Dilulus terbit pada Saturday, January 31 @ 21:40:43 MYT olehTokPenghulu

BeritaOleh pemudabesut

"Kemaskini 19.42pm:
Maklumat dari Kulup Sakah.

Dua EXCO ini ditahan oleh oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia)  dan military police. Sekarang berada di Pekan Pahang bersama Najib Tun Razak.

Kemaskini  19.34:
Maklumat yang diterima, kedua-dua EXCO ini sedang berada dirumah Najib Razak dan akan membuat pengumuman bila-bila masa. Dalam masa yang sama, keadaan diBota agak runcing… Rumah YB Nasaruddin sedang dikawal oleh AMK Perak berikutan cubaan untuk menculik YB Nasrudin.

YB Nasrudin ditawarkan jawatan MB sekiranya beliau bersedia kembali semula kedalam Umno.

Mesyuarat MPT PKR baru saja habis dan hampir dipastikan bahawa dua EXCO PKR Perak, Jamaludin Radzi dan Kapt. (B) Osmain Jailu akan membuat pengumuman kelura PKR dan menyertai UMNO.

Mesyuarat MPT PKR tadi gagal menghubungi kedua-dua EXCO ini secara peribadi, tapi menerusi orang perantaraan, dua EXCO ini sudah bersedia untuk bertukar parti.

Apa kesudahannya?…Apakah mungkin berlaku pilihanraya kecil? Atau Umno kembali merampas Perak? 

Tunggu malam ini...(Perakexpress)


Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.

Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

“Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman.

“Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.~ Suara Keadilan

Note: Gossip terkini, belum ada pengesahan jitu - TP

No comments: