Saturday, January 31, 2009

60 peratus setuju bubarkan sayap Umno


ArtikelOleh hermansamsudeen

"

“Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin melalui langkah tersebut ia mampu membanteras gejala politik wang yang kini masih lagi berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.” - Utusan, 28 Januari 2008
Kenyataan diatas dibuat oleh orang kuat Umno yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Menariknya, isu ini telah dijadi bahan undian oleh NTV7 tengahari tadi dan keputusannya, 60 peratus pengundi setuju agar ke semua sayap parti Umno merangkumi Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera dibubarkan bagi menyelamatkan Umno.




Tenyata krisis rasuah Umno kini sudah menular kepada generasi baru mereka dan hari ini sahaja. Bukan itu sahaja, isu persengketaan dalaman, fitnah dan juga penyalahgunaan kuasa berlaku.

Ahli-ahli Umno generasi baru juga dilihat sebagai ancaman dalaman kepada Umno dimana dalam persidangan Lembaga Disiplin hari ini, Ketua Puteri Umno cawangan dalam Bahagian Batu, Nor Aisah Rajab didapati bersalah kerana membuat aduan palsu digantung selama enam tahun atau dua penggal pemilihan.

Manakala seorang lagi ialah ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian Taiping, Muzamir Ismail digantung selama setahun kerana menyebarkan maklumat berunsur fitnah yang diterbitkan melalui blog.

Tiga lagi diberi amaran termasuk Setiusaha Bahagian Bukit Bintang, Mohd. Zailan Mokhtar yang terlibat dengan politik wang, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said kerana menghalang pihak-pihak tertentu menjalankan tanggungjawab serta memfitnah dan seorang lagi ahli biasa dalam Bahagian Langkawi, Shaidan Hashim kerana menjadi ejen dan pelobi bagi calon-calon tertentu.

Umno kini semakin tempang kerana golongan mudanya sudah berani memberontak dan menuntut perubahan hingga sanggup turun melobi dan memfitnah pemimpin mereka.

Dahulu isu-isu sebegini disenyapkan, tetapi akhir-akhir ini ianya dibongkar seolah-olah sengaja membuka pekung didada. Badan Pencegah Rasuah turut dipanggil untuk menyiasat.

Jika dalam pemilihan jawatankuasa peringkat cawangan pun mereka sanggup melobi, merasuah dan memfitnah, apakah dalam Piliharaya peringkat DUN dan Parlimen mereka tidak lakukannya.

Kesejahteraan rakyat bergantung kepada pemimpin yang mereka pilih dalam Pilihanraya. Malangnya Umno gagal menyediakan pilihan terbaik buat rakyat.

Pas jelas lebih bersih dan dipercayai rakyat maka tidak hairanlah jika dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Pas boleh menumbangkan Umno dengan mudahnya.

Berkat perjuangan Pas kerana Allah untuk kesinambungan Islam, maka parti ini tetap terus mendapat redha Allah dan para pemimpinnya bebas dari gejala rasuah atau politik wang. Tiada juga persengketaan dalaman dalam berebut jawatan peringkat cawangan hinggalah ke pusat.

Kalau ada pun, ianya sekadar perbezaan pandangan dalam menafsir dasar Parti yang mana akhirnya kesemuanya bersatu kembali di dalam satu Saf saat berhadapan Allah.

Nilai ilmu, kepakaran dan keikhlasan perjuangan menjadi modal utama dalam setiap pemilihan, bukannya wang ringgit. Sebab itulah dalam Pas kita ada Ketua Cawangan yang yang bertaraf kerani dipejabat memimpin bosnya didalam Parti kerana penglibatan dan juga daya usahanya yang lebih tinggi. Mungkin dia kurang ilmu dunia, tetapi kefahamannya terhadap Islam dan perjuangan menjadikan beliau lebih dihormati diluar.

Malah bosnya yang menjadi ahli begitu taat dengan arahannya jika ia melibatkan soal perjuangan parti.

Dalam kes seperti ini, perjuangan secara berjamaah memberikan kekuatan kepada Parti kerana tidak kira bagaimana kemampuan kewangan pemimpin itu, yang penting adalah kemampuan ia pikul amanah. Ahli akan menyokongnya bukan sahaja dengan tenaga malahan masa dan wang ringgit saat ia diperlukan.

Nampaknya Umno belum sampai ke tahap ini malah mereka semakin jauh terpesong dari perjuangannya, Maka bukan sekadar sayapnya, keseluruhan Umno itu perlu dibubarkan. Jika tiada sayap ia tak boleh terbang, yang tinggal hanya badan yang tiada roh sahaja. Maka kebumikan sahaja bangkai Umno itu sebelum ianya membusuk.

No comments: