Monday, December 22, 2008

TV3 dan Astro bergaduh pasal Pernikahan Mawi & Ekin

TokPenghulu

Bahan Umum
Oleh amizie

" Selamat pengantin Baru Mawi & Ekin. Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi 20 Dis.2008. Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Apa yang aku nak cerita dan fokus kan bukan lah pasal perkahwinan mereka sebab bagi aku secara umum nya perkahwinan artis - artis ni lebeh kurang sama saja. Gah nya saja yang lebih. Masa belum kahwin dan masa baru-baru kahwin bukan main lagi puji-pujian antara kedua nya. Lepas dua tiga tahun, apa jadi ?? cerai sana, cerai sini....cuma aku harap si Mawi & isteri tak begitu.

Apa yang ingin aku fokus kan ialah mengenai krew stesen televisyen TV3 dihalang membuat liputan majlis pernikahan Mawi-Ekin. Ketua Pengurus Acara majlis berkenaan Freddie Fernandez berkata, halangan itu adalah disebabkan stesen Astro sudah mendapat hak penyiaran secara eksklusif untuk majlis tersebut yang bermakna stesen televisyen lain tidak dibenarkan sama sekali merakamkan detik-detik pernikahan itu melainkan RTM yang memperoleh kerjasama dengan Astro.

Rupa-rupa nya TV3 (Media Prima) dan Astro berebut untuk mendapat hak penyiaran secara eksklusif majlis pernikahan tersebut dan yang mendapat hak itu adalah Astro. Maka TV3 pun melalak lah di media cetak atau di rangkaian TV nya sendiri seolah-olah mengatakan ada pihak menghalang tugas wartawan TV3. Siap dengan temuramah Tok Imam lagi (kalau tak silap).

Kepada yang tak tahu, sebenar nya aku rasa Astro balas dendam terhadap TV3. Semasa TV3 mendapat hak penyiaran membuat liputan majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada 2006 lalu ia juga melarang Astro untuk membuat liputan.

Maka bertemu lah buku dengan ruas. Itu lah dia wajah TV3 selama ini. Kalau dia buat pada orang lain tidak mengapa, tapi kalau orang lain buat kat dia, tak boleh. Mentang-mentang lah TV3 melalui Media Prima dah 'control' media penyiaran dan mungkin CEO TV3 pun 'Kamceng@ngam' dengan 'somebody', tapi jangan pandang rendah dan mudah pada boss Astro. Kan dah kena!!!. Baru lah orang kata padan muka. Suatu hari nanti silap haribulan wartawan TV3 ada yang kena baling dengan kasut macam si 'semak' tu.....tak gitu.

Sorry lah Mazidul....engko OK...

http://ahmadtarmizi.blogspot.com




"
Mawi & Ekin - Akad nikah yang penuh protokol?
Dilulus terbit pada Monday, December 22 @ 08:12:03 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat
Oleh WFauzdin NS

 Alhamdulillah, artis Mawi telah selamat diijabkabulkan bersama Ekin hari ini. Upacara gilang gemilang tersebut telah disiarkan oleh Televisyen Astro secara langsung. TV 3 melaporkan terdapat sungutan orang ramai terutamanya dari kalangan wartawan dan TV3 memetik berita dari akhbar KOSMO berkata kawalan terhadap Mawi dan Ekin umpama `Putera Raja'.

Bagi saya itu anggapan yang silap kerana setahu saya Putera Raja pun tidak mendapat liputan meluas media seperti yang didapati oleh Mawi World dan Ekin ini.

Itu tidak mengapa kerana bak kata Mawi dahulu, perkahwinannya akan diadakan sederhana sahaja. Rakyat terutamanya peminat-peminat Mawi yang menonton secara langsung di Astro telah pun melihat `kesederhanaan' perkahwinan beliau. Itu baru acara Akad Nikah, kita belum tonton lagi acara seterusnya selama 3 hari nanti. Mungkin secara sederhana juga seperti yang beliau pernah ucapkan dulu.

Saya cuma sedikit pelik dan tertanya-tanya mengapa begitu protokol sekali upacara akad nikah yang dijalankan di masjid sebentar tadi ? Mengapa perkara semulia ini hendak disusahkan ? Berjalan beratur-atur, termasuk Pegawai-Pegawai Masjid pun ikut protokol dan masuk berbaris, tidak boleh duduk sebarangan, bawa bunga hantaran sampai ke dalam Masjid, berpantun-pantun dan macam-macam lagi yang telah disusun dan dilaksanakan di dalam Masjid tersebut.

Bukan maksud saya perbuatan itu salah atau tidak, tetapi ianya kelihatan menunjukkan terlalu protokol dan menyusahkan. Apa lah salahnya acara-acara lain tu dibuat di rumah sahaja. Yang peliknya, pegawai Masjid pun terikut rentak ini hinggakan terlupa peranan sebenar mereka. Adakah patut Pegawai Masjid yang diwakilkan untuk menjadi Wali bagi Ekin bangun datang berjumpa bapa Ekin.

Sepatutnya bapa Ekin lah yang bangun berjumpa pegawai Masjid tersebut memohon dan memaklumkan dia ingin mewakilkan Wali kepadanya. Peliknya, pegawai Masjid itu ikut arahan pula dan datang berjumpa bapa Ekin. Pegawai Masjid pun mengiringi Mawi selepas akad nikah sehingga kepada Mawi nak sarung cincin dan kucup dahi Ekin pun Pegawai Masjid sentiasa disisinya.

Apa fungsi beliau ? Bukankah tugas dalam acara Akad Nikah sudah selesai, mengapa perlu ikut Mawi ke sana sini ? Sewajarnya taraf jawatan Pegawai Masjid hendaklah dipelihara dan dipandang mulia.

Saya sedikit tumpang bangga kerana Ustaz Akil pun kelihatan di kaca TV sebagai saksi berpakaian baju Melayu yang cantik. Tidak pernah saya lihat Ustaz Akil berpakaian begini kerana beliau sering berjubah dan beserban apabila memasuki Masjid. Mungkin sudah lama Ustaz Akil tidak memakai songkok hitam agaknya, dan memang Ustaz Akil tidak kelihatan seperti yang saya kenal dulu.

Mungkin itu luaran sahaja, bukan dalaman. Apa pun, kelibat Ustaz Akil di pentas-pentas politik hampir tiada lagi. Mungkin baginya perjuangannya sudah selesai di arena politik Islam. Kini, beliau giat berdakwah di media-media pula dan serba sedikit ada kesannya pada orang lain dan pada dirinya sendiri.

WFAUZDIN NS

Artikel Hari Ini

Kera jaan Be End kini peniaga minyak

Bukti Mahathir Rosak Akidah...

Kedah Oh Kedah.. Apa dah jadi!

Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar

Polis ni baik sungguh...

Balasan Allah Terhadap Pemimpin Sekular

Kaum Muslimin tidak akan mungkin mencapai tujuan mereka melalui jalan demokrasi

Di Mana Teras Kita (Foundation)?

Isu PSMI: Orang politik perlu diajar dengan kuasa politik

Punyalah UMNO nak menang

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Bahan Umum
· News by TokPenghulu


Most read story about Bahan Umum:

Tak Ikut Kalendar Hijrah, Kafir??? Artis terlibat?

Wendy Wong menjadi Wani Wong Abdullah

Sumpah Ali Rustam dah berakhir..

Kereta bawa penumpang ke 4 dibelakang boleh disaman

TV3 dan Astro bergaduh pasal Pernikahan Mawi & Ekin

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

No comments: