Monday, December 15, 2008



Kera bising

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

bukit." title="PANTAU...anggota bomba melihat kesan runtuhan cerun
bukit." width="300" border="0" height="347">
PANTAU...anggota bomba melihat kesan runtuhan cerun
bukit.

KUALA LUMPUR: Seorang penduduk tidak menduga usahanya menghalau sekumpulan kera liar berikutan bunyi bising haiwan berkenaan di lereng bukit berhampiran rumahnya dikejutkan dengan penemuan kesan runtuhan bukit terbabit selepas hujan lebat petang semalam.

Difahamkan, runtuhan berlaku pada jam 5 petang di Jalan Setia Bestari 7, Bukit Damansara di sini, itu boleh mengancam hampir 30 pemilik rumah di kawasan itu kerana terdapat sebuah tangki air di puncak bukit setinggi 20 meter itu.

Menurut penduduk yang enggan dikenali itu, kejadian berlaku selepas hujan lebat hampir satu jam di kawasan terbabit diikuti dengan bunyi bising sekumpulan kera liar di kawasan kejadian.

Katanya, jarak antara tangki air dan kawasan cerun yang runtuh itu kurang dari 10 meter serta berhampiran dengan rumah penduduk di bawah bukit berkenaan.

No comments: