Monday, December 15, 2008

DPIM Selangor Dengan Kerjasama Seksyen Sektoral SUK Selangor Anjur BENGKEL PROSP

Petikan dari Tranungkite online
Dilulus terbit pada Monday, December 15 @ 14:00:00 MYT oleh AbuJihad
Kenyataan Media Oleh Haji Mohd Yahya

 Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor) dengan Kerjasama Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) akan menganjurkan Bengkel Prospek Bisnes Selangor 2009.

Bengkel prospek bisnes akan berlangsung dalam tiga sesi pembentangan yang dipecahkan beberapa prospek bisnes yang boleh diceburi oleh para usahawan di Selangor.

Bengkel-bengkel yang akan di laksanakan adalah , Bengkel Prospek Bisnes Selangor 2009 melalui Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Pembentangan keseluruhan mengenai kedudukan pelaburan serta potensi ekonomi Selangor akan di buat oleh pihak SSIC Berhad iaitu Syarikat Pelaburan Selangor. Pembentangan daripada anak-anak syarikat kerajaan Selangor akan mendedahkan serta memberi peluang kepada para usahawan, kontraktor, pembekal serta pelajar mengenali serta mendekati potensi bisnes di Selangor.

Beberapa bengkel lagi yang akan dibuat adalah Bengkel Potensi Bisnes dalam bidang Pertanian seperti penanaman serai secara 'Contract Farming', penternakan Ikan Keli, pentarnakan lintah juga penanaman bunga hiasan komersial dan penanaman 'kitchen garden'. Bengkel potensi bisnes dalam pertanian akan dibentangkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor bersama beberapa syarikat yang telah berjaya dalam bidang pertanian komersial.

Bengkel Potensi Pembiyaan dalam Bisnes 2009 juga akan dibentangkan oleh beberapa agensi kewangan yang terlibat dalam pembiayaan perniagaan, pinjaman mikro juga pinjaman pertanian dan Makanan.

Salah satu Bengkel yang akan mendapat sambutan ramai adalah Bengkel Prospek Bisnes dalam Industri Halal. Industri Halal Negara merupakan satu industri yang mempunyai prospek yang begitu luas yang pasti mempunyai prospek pasaran global.

DPIM Selangor akan menganjurkan kesemua Bengkel Prospek Bisnes Selangor 2009 sempena Karnival Selangor Ria 2008 yang di anjurkan oleh Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. Bengkel Potensi Bisnes ini akan di adakan pada 15-19 Disember 2008. Sesi bengkel terbuka kepada semua terutamanya usahawan, bakal usahawan, pengarah syarikat, pedagang, peniaga, pelajar dan orangramai, bagi yang berminat boleh menghubungi sekretariat pada talian 03-40235155 email ysp3737my@yahoo.com atau layari laman web www.dpimselangor.com.

HJ MOHD YAHYA BIN HJ.MAT SAHRI
SETIAUSAHA KEHORMAT
Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor
Tel : 012-2839957, 019-2576397

No comments: