Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Sunday, December 14, 2008
cember 14, 2008
Antara nilai kemanusiaan dan keegoan
Kali ini aku nak berkongsi cerita dengan pembaca semua tentang tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa..
kita sedia maklum tentang runtuhan yang telah mengorbankan nyawa ramai manusia itu. apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah pertembungan nilai,harga diri dan keegoan manusia yang berlainan darjat.
Sepatutnya kita insan merasa simpati di atas kejadian ini, dan bagi mana mana insan yang dipertugaskan samad sukarela atau diarahkan membantu mangsa kejadian ini, sudah tentu datang ke tempat kejadian dengan semangat berkobar-kobar dan simpati ingin membantu menyelamatkan dan meringankan beban mangsa terlibat.
ini pengalaman yang diceritakan oleh seorang sahabat yang terlibat dalam misi menyelamat di sana..
sahabat ini datang ke tempat kejadian pada hari pertama sejak awal pagi lagi bagi misi menyelamat. seterusnya kerja diteruskan sehingga waktu makan. maka bermulalah satu episod hitam yang menampakkan kepongahan manusia yang merasa dirinya berdarjat tinggi dan lebih bagus tarafnya dari orang lain.. sahabat ini datang mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat..seperti biasa, mangsa bencana, sumbangan datang kepada mereka, dalam keadaan sedemikian seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang ada, dan berterima kasih di atas simpati yang diberikan oleh khalayak ramai. Apa yang mengejutkan sahabat saya ini, nasi bungkus yang dihulurkan kepada mereka ini ditolak mentah-mentah..malah ada lagi yang bertindak keterlaluan,walau mereka mengambilnya, kemudian terus dicampak ke tanah di hadapan mata petugas.. Apakah ini sikap orang yang budiman? apakah ini sikap orang yang bersyukur?apakah mereka merasa mereka tidak layak makan nasi bungkus disebabkan mereka orang berkedudukan, berpangkat dan kaya?
sahabat ini hanya mampu memandang sayu bungkusan nasi yang berteraburan di atas tanah..
betapa demandnya golongan ini, dala keadaan kena bencana alam pun masih nak fikir status mereka.. nak makan makanan hotel dan restoran...tak mau tidor dalam khemah yang disediakan, sebaliknya pergi tido kat hotel.. takpelah, korang banyak duit.. tapi korang sedap2 pegi tido hotel mewah, siang-siang datang balik, lepas tu maki hamun petugas, hamun askar, marah petugas duduk berehat, makan.. marah petugas tak tolong angkat barang diorg..
petugas ini manusia, mereka datang untuk misi menyelamat, bukan khadam yang datang untuk tolong kemas barang2 anda.. kalau mereka penat, biarlah mereka rehat dan makan..
pengorbanan mereka ini kepada famili, orang tak fikir ke? tinggal anak bini, mak ayah, nak tolong orang lain yang takde kena mengena talian persaudaraan dengan mereka pun.. fikirkanla..
banyak lagi cerita2 "classified" yang aku perolehi dari sahabat ini tapi biarlah itu jadi rahsia aku..
cuma bagi aku, tak perlulah kita nak berlagak dengan pangkat dan darjat kita, apatah lagi memandang rendah orang lain... hormatilah mereka, walaupun mereka tu konstabel
, prebet, walaupun anda Tan Sri,Dato' Sri.. darjat itu tak akan dibawa bersama ke liang lahad..
tak semua mangsa di sana berperangai seperti yang dipaparkan di sini, tapi eloklah didedahkah buat iktibar.. ujian Tuhan tak kenal darjat dan pangkat..
Fikirkanlah...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment