Thursday, December 11, 2008

Bahasa Malaysia Runtuh Bersama Tanah Runtuh Hulu Klang.. Dr Haji Mohd Hasyim.
Dilulus terbit pada Thursday, December 11 @ 18:50:05 MYT oleh TokPenghulu

Berita Oleh ibnuhasyim

"BY ASYOK KUMAR

BUKIT Antarabangsa Hulu Klang Disember 08 – RTM sepatutnya tidak menjadi agen pemusnah dan pengkhianat kepada Bahasa Malaysia di negara ini kerana turut terlibat dalam mempropagandakan ‘bahasa rojak’ dalam tiap berita, rencana, drama dan lain-lain di tv, radio media kerajaan atau agensinya.


Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Haji Muhammad Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang di suatu majlis perjumpaan Hari Raya yang diadakan di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

“Contohnya, lihat saja liputan mengenai tanah runtuh di Hulu Klang baru-baru ini, interbiau dengan mangsa-mangsanya, saya lihat tiada seorang pun bercakap dalam bahasa Malaysia yang baik, semuanya bahasa rojak yang di selang seli dengan cakap dan perkataan broken Inggeris.” Jelas Dr Haji Mohd Hasyim. “Sebelum ini ramai tokoh-tokoh bahasa seperti Datuk A.Samad Said dan lain-lain yang mengkritik penggunaan bahasa rojak tersebut, tapi nampaknya pihak-pihak tertentu masih mengambil sikap telinga kuali lagi.”

Kata beliau lagi, kalau dilihat bahasa anak-anak muda dalam internet, bahasa percakapan di pejabat-pejabat, kebanyakannya sudah tidak menggambarkan identiti bangsa Melayu sendiri. Bahkan dalam perlimen pun, kadang-kadang Ahli Parlimen bukan Melayu bahasanya lebih baik dan bersih dari yang berbangsa Melayu.

“Pernah saya terjumpa, seorang Melayu yang tidak mahu bercakap bahasa Melayu yang baik, lebih suka bahasa rojak.. tetapi bila kita terus langsung berbahasa Inggeris yang baik, baru dia beralih ke bahasa Melayu. Rupanya berbahasa rojak itu adalah sebagai pelarian nak tutup penyakit ‘inferiority complex’, atau nak berlagak ‘orang standard’ kerana terasa malu tak pandai Inggeris, sedangkan dia sendiri pun tidak tahu benar bahasa Inggeris yang baik! Sambung beliau lagi. “Inilah yang Menteri Penerangan Datuk Shabery Chik tidak peka.. dan Dewan Bahasa pula buat apa?”

No comments: