Kronology Prebet


Joined: Sep 09, 2008 Posts: 258 Location: Atas Moto, dgn kelajuan 180km/j
|
| |
| Sebagai seorang daripada rakyat Malaysia yang selama ini mengagumi ketokohan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Krono's berharap agar semua pejuang Islam dan Keadilan tidak terlalu emosi dengan keputusan yang jelas dilihat mencabuli hak Saudara Anwar sebagai rakyat Malaysia, seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Kerajaan hari ini, melayan Saudara Anwar lebih teruk dari seorang "Pengganas" atau "Komunis". Saudara Anwar Ibrahim dilihat pemangkin kebangkitan rakyat terbanyak, bagi menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di negara kita selama ini.
Justeru itu, Krono's melihat, selagi parti UMNO dan BN masih memimpin negara ini, selagi itulah Anwar akan terus diserang dan dihina. Ini bermakna beliau akan sentiasa diberi tekanan dan tuduhan. Harapan Krono's agar seluruh keluarga Saudara Anwar dapat menerima ketentuan ini dan tabah menghadapi segala dugaan yang terus menimpa mereka satu demi satu. Inilah namanya perjuangan sebenarnya!! Para ulama dan cendekiawan Islam terdahulu ramai telah mendahului Saudara Anwar, bila cuba melakukan perubahan serta menyatakan kebenaran. Maka, kita berharap andai ini juga yang terjadi kepada beliau.. semoga semuanya ini akan mematangkan beliau dan apa yang penting sokongan rakyat terhadap beliau selama ini akan berterusan selagi beliau berpaksi kepada kebenaran.
Atas dasar itulah, Krono's ingin mengenang kembali siapakah Anwar yang sebenarnya. Semoga dengan ini, akan lebih memesrakan lagi golongan muda terutamanya dengan Saudara Anwar biarpun beliau terus dihina dan diaibkan. Krono's tahu, ramai yang belum mengetahui perjalanan hidup dan sejarah Saudara Anwar sejak dari dulu hinggalah beliau dilucutkan dari jawatannya.
Kronology Insan Bernama ANWAR BIN IBRAHIM
Saudara Anwar Ibrahim dilahirkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan pada 10hb Ogos 1947. Ia bersekolah di Sek Melayu Sungai Bakap, Sek Melayu Cherok Tokun dan Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam. Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang, Saudara Anwar telah dipilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960.
Zaman Persekolahan
Sejak zaman persekolahannya Saudara Anwar Ibrahim telah menampilkan sifat kepimpinan. Semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 Saudara Anwar telah melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya, Saudara Anwar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK.
Saudara Anwar memasuki Universiti Malaya pada tahun 1967. Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.
Pemimpin Pelajar
Saudara Anwar Ibrahim telah bangun memimpin persatuan pelajar dalam usaha menggesa kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Beliau telah bertindak dan berganding bahu bersama Dr. Mahathir yang 21 tahun lebih tua daripadanya, menentang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
Keberanian Saudara Anwar dan semangat pengorbanan menentang kemiskinan masyarakat luar bandar amat dikagumi oleh masyarakat Malaysia. Anwar berucap di dalam dan luar kampus dan beliau dikagumi kerana tidak ada pelajar instusi tinggi sebelumnya yang mempunyai semangat dan keberanian mengkritik kerajaan secara serius demi menegakkan keadilan.
Pada tahun 1971 Saudara Anwar menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Ketika di universiti, Anwar dikenali sebagai pemimpin gerakan pelajar yang memperjuangkan keadilan sosial dalam masyarakat.
Pemimpin Belia
Dalam tahun 1971, Anwar menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia dan menjadi presiden pertubuhan itu sehingga tahun 1982. Selain itu beliau aktif dalam kegiatan organisasi bukan kerajaan termasuk Majlis Belia Malaysia.
Anwar dianggap pemimpin pelajar yang militan, anti-establishment dan radikal oleh sesetengah golongan. Beliau mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan pemerhatian yang tajam terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu luar bandar.
Dalam keadaan ekonomi yang meleset dalam tahun 70an dan kejatuhan harga getah yang amat ketara, Saudara Anwar telah bangun menangani isu kemiskinan dan telah memimpin tunjuk perasaan anti-kemiskinan di Baling pada tahun 1974, yang menyebabkannya ditahan di bawah ISA selama 2 tahun.
Kepimpinan Dalam ABIM
Kemampuan Saudara Anwar sebagai seorang pemimpin yang komited dapat dilihat dari usaha beliau menubuh dan memimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) sehingga menjadi sebuah pertubuhan belia yang berpengaruh dan diterima oleh masyarakat dalam usahanya mendaulatkan Islam sebagai 'ad din - satu cari hidup. ABIM pada masa awal penubuhannya telah menarik minat seramai 50000 orang untuk menyertainya. Keahlian ABIM ini adalah yang kedua terbanyak selepas Pemuda UMNO.
Beliau mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya berpidato yang dikagumi ramai termasuk masyarkat antarabangsa. Kepimpinan dan sumbangannya telah diakui di peringkat antarabangsa sehingga menerima anugerah Pingat Ulama Eqbal Seratus Tahun daripada Presiden Zia Ul- Haq, Presiden Pakistan pada tahun 1970 dan mendapat penghormatan menjadi Ahli kumpulan Penasihat Belia Pertubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1973.
ABIM di bawah kepimpinan Anwar telah muncul menjadi pertubuhan yang popular kerana sikapnya menentang ketidakadilan dalam kerajaan dan juga di luar negara. Beliau telah menunjukkan sifat kepimpinannya dengan menyatukan beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dengan menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Penyelaras Akta Pertubuhan 1981 untuk menentang Akta Pindaan Pertubuhan 1981. Saudara Anwar telah berjaya menyatukan 48 pertubuhan dari berbagai aliran dan bangsa seperti Persatuan Pertubuhan Malaysia, Pusat Profesional Malaysia, ALIRAN, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Majlis Peguam Malaysia.
Saudara Anwar menentang rang undang-undang ini kerana ketidakadilan yang melanggar prinsip Islam dan demokrasi. Kebijaksanaan dan kekuatan dirinya telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa berunding dengan jawatankuasa tersebut dan mengkaji semula Akta Pertubuhan tersebut. Inilah kekuatan Saudara Anwar Ibrahim yang telah menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai strategi dan pendekatan yang berkesan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.
Pendirian Terhadap Isu Antarabangsa
Kepimpinan beliau yang tegas dan berani dapat dilihat apabila beliau bangkit dan membantah keras pencerobohan Russia ke atas Afghanistan dalam tahun 1980. ABIM telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri seramai 40000 orang untuk membantah pencerobohan dan bersetuju untuk menghantar utusan yang diketuai oleh Anwar ke kedutaan Russia. Utusan itu berjaya meyakinkan pihak kedutaan Russia akan kesan buruk tindakan mereka dan memberi perhatian serius pandangan negara- negara di seluruh dunia. Duta Russia itu berjanji untuk membawa surat bantahan tersebut ke Moscow dan mahukan persahabatan dengan kerajaan Malaysia. Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian negara-negara lain terhadap ketokohan beliau sebagai pemimpin.
Sikap berani Saudara Anwar telah membawa belia untuk mengunjungi sempadan Russia bagi mendapatkan penerangan yang tepat dan menyerahkan sebanyak RM50,000 kepada pejuang Afghanistan. Sementara itu kekuatan yang ada dalam diri Saudara Anwar telah mendorong beliau untuk bertemu dengan Nasionalis Afghanistan di sempadan seperti Gulbudin Hekmatyar dan Burhanudin Rabani pemimpin Parti Jamiat El- Islami.
Anwar - Pejuang Anak Bangsa
Pemimpin negara di dalam dan luar negara mengakui ketokohan dan kebolehan Saudara Anwar Ibrahim. Allahyarham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua telah menawarkan jawatan untuk mewakili Belia Malaysia dalam badan dunia United Nation Council For Youth yang beribu pejabat di Bangkok. Saudara Anwar dengan hormat menolak tawaran lumayan tersebut.
Begitu juga apabila Allahyarham Dato Mohd Asri Muda ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menawarkan jawatan di kementerian beliau untuk Saudara Anwar. Tawaran ini juga telah ditolak oleh Saudara Anwar.
Saudara Anwar sedar bahawa kelemahan anak Melayu pada ketika itu, disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi amat terhad, terutama bagi anak-anak Melayu yang serba kekurangan. Dengan keinsafan dan jiwa yang cekal Saudara Anwar bersama rakan-rakan lain telah membuka sebuah sekolah persendirian di Kuala Lumpur - Yayasan Anda Akademik. Walaupun pendapatan beliau amat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang memegang jawatan dalam kerajaan, Saudara Anwar dan rakan-rakan di Yayasan Anda sanggup mengorbankan segala kemudahan tersebut demi mempertingkatkan anak bangsa.
Kejayaan Yayasan Anda Akademik dapat dilihat daripada bilangan lulusan dan penerimaan pelajarnya yang di terima masuk ke institusi pengajian tinggi. Kejayaan yang lebih ternilai daripada kejayaan ini adalah setiap pelajar Yayasan Anda telah dilatih sendiri oleh Saudara Anwar Ibrahim dengan dilengkapi oleh daya tahan dan keimanan.
Anwar - Kepimpinan dalam Kerajaan
Ketokohan Saudara Anwar Ibrahim telah menarik perhatian Dr. Mahathir dan membawanya ke dalam kerajaan. Kerjaya politik beliau bermula pada tahun1982 apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menjadi Ahli Jemaah Menteri pada tahun 1983 apabila dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian beliau menjawat beberapa jawatan kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mac 1991.
Peranan penting beliau pada permulaan kemasukannya ke dalam kerajaan Barisan National ialah membantu penubuhan Bank Islam.Beliau telah diamanatkan oleh Perdana Menteri untuk mengesyorkan dalam jawatankuasa cadangan idea. Amanat ini menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan beliau. Beliau telah menghabiskan banyak masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kejayaan Bank ini. Saudara Anwar telah mendapatkan bantuan dan sokongan dari negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi terhadap penubuhan Bank Islam ini .
Konsep kepimpinan- Sudut Pandangan Anwar
Saudara Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kesejahteraan manusia dan keperluan mewujudkan kaedah-kaedah yang adil dalam proses kepimpinan. Dalam kepimpinan menurut Saudara Anwar Ibrahim ia haruslah peka dan prihatin terhadap suara dan aspirasi rakyat serta merumuskan cara dan pendekatan yang melibatkan penyertaan rakyat dengan lebih berkesan (Anwar Ibrahim, Menangani Perubahan). Beliau menekan dan mementingkan konsep syura dalam Islam dan Demokrasi Penyertaan. Bagi Saudara Anwar, pemimpin bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna dan adil.
Dalam aspek kuasa, Saudara Anwar berpendapat, kuasa yang dimiliki oleh pemimpin adalah elemen penting dalam usaha untuk membuat sesuatu. Sekalipun orang itu mempunyai idea dan pendapat yang baik tetapi jika tidak mempunyai kuasa dan kedudukan ia akan menyukarkan pelaksanaan idea tersebut. Dari segi perbandingan kuasa dan idea pula beliau berpendapat idea lebih penting dari kuasa dan kedudukan kerana kuasa ini hanyalah saluran yang berkesan untuk menyalurkan idea tersebut.
Saudara Anwar Ibrahim menekan kepentingan pemimpin dan masyarakat keseluruhan memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan berkeupayaan mempraktikkan ilmu yang baik itu dalam kehidupan. Menurut Saudara Anwar sesuatu bangsa itu telah dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat kerana pengaruh dan kekuatan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Bagaimanapun Saudara Anwar Ibrahim berpendapat ilmu pengetahuan itu harus memberi makna kepada diri manusia dan kemanusiaan.
Saudara Anwar adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayainya betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prinsip yang dipegangnya. Beliau akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dicapai pada matlamat yang digariskan olehnya. Prinsip ini dapat dilihat dari tindakan beliau menentang kerajaan yang dianggapnya tidak adil dan gagal dalam membantu orang Melayu sehingga beliau sanggup ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 2 tahun berikutan penglibatannya dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan akibat peristiwa kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974.
Dalam usaha menangani perubahan bagi Saudara Anwar, pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Bagaimanapun, perubahan harus berlandaskan nilai universal yang mutlak yang diakui oleh Islam dan agama lain sebagai baik dan mampu memberi kesejahteraan kepada manusia.
Selain kegiatannya yang cukup menonjol dalam bidang politik, Saudara Anwar turut membahaskan berbagai-bagai gagasan termasuk masyarakat madani. Beliau menghasilkan dua buah buku berjudul Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia.
Di peringkat antarabangsa, Saudara Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UNESCO (1989-1991) dan menjadi salah seorang pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Washington.
Saudara Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan November 1993 setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun itu.
Pada 2 September 1998, Saudara Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan.

Biarlah kita menjadi manusia yang tahu erti kasih dan sayang. Jangan dkaburi dengan fitnah dan dendam.
| |
No comments:
Post a Comment