Tuesday, November 4, 2008

Petikan Tranungkite on line



tok uban! saya dah marah geng Pas tadi ni... amacam? Boleh tak saya dapat kontrak ternak katak?

Sharil pulak cakap " Kau nak ternak katak teruskan lah... maner ada kontrak kerajaan ternak katak.... Aku tengah pening nie.. minyak dunia dah jatuh USD 58.00 sajer... apa pulak alasan aku nak bagi kat rakyat kali nie....alasan takut pengusaha minyak rugi dah boleh diterima rakyat lagi... pening pening pening......


dua2 ekor ni bangang



Rabu, 2008 November 05(artikal dari Tukar Tiub)

MEMPERKAYA BAHASA IBUNDA - KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN

Hari ini Tukar Tiub memperkenal satu perkataan-perkataan baru.

Ini adalah sebahagian dari cita murni dan sumbangan Tukar Tiub untuk memperkayakan bahasa ibunda.

Ini juga selaras dengan cita-cita untuk memurtabakkan bahasa ibunda sama seperti yang sedang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Petaka.

Perkataan hari ini ialah : JARJIS

Jarjis mengikut kamus bererti meraba-raba, memegang, merasa, mengusik sesuatu yang di terletak di bawah

Jarjis - kata nama khas : Salmah binte Lebai Jarjis

Jarjis - kata perbuatan. (men)jarjis – Contoh: Ahmad telah menjarjis ke dalam tempayan beras untuk mencari anak tikus.

Contoh : Aminah menjarjis tangannya ke dalam lubuk berlumpur dengan harapan akan dapat menangkap saekor haruan.

Jarjis – kata bangun kena buat : Ahmad telah menjarjis(kan) sebatang kayu untuk bersedia berhadapan dengan musuh.

Jarjis – kata sifat – Bik Mama telah cuba menjarjiskan mukanya dengan menggunakan botox dengan harapan dia akan dilihat cun.

Contoh Karangan: Seorang Ahli Parlimen telah menjarjis seorang pelayan di sebuah bar terkenal di Kuala Lumpur. Apabila si Pelayan wanita ini merasa punggungnya telah di jarjis maka dia terperanjat dan menjerit. Penjarjisan ini telah dilihat oleh beberapa tamu di dalam bar yang sama. Para tamu terperanjat melihat tangan Yang Berhormat ini terus menjarjisi walau pun pelayan bar itu telah menjerit.

Apabila Ahli Parlimen ini cuba meneruskan jarjisannya para tamu telah datang membantu si Pelayan.

Berita jarjis yang berlaku terhadap Pelayan bar ini telah dilaporakan media antarabangsa.

Berita kes jarjis menjarjis ini menggemparkan rakyat Malaysia. Apabila media cuba mendapat pengesahan dalam kes jarjisan si jarjis ini , para media telah cuba dihalang.

Ahli Parlimen ini telah merasa dirinya di jarjiskan oleh media. Lalu dia mengjarjis dan menghilangkan diri ke London.

Kes penjarjisan jarjis ini masih belum selasai. Si Pelayan yang bontontnya dijarjisi dikatakan akan menyaman si Ahli Parlimen yang telah menjarjisnya.

Jarjis - kata seruan : Cis jangan kau berani menjarjis aku!

Jarjis - kata janji : Jamaluddin bin Ahmad seorang nelayan telah bersumpah yang dia tidak pernah menjarjis bontot saekor ikan duyung.


I rest my case...!!

Dilulus terbit pada Wednesday, November 05 @ 22:15:00 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh Kopitiam

Kawan2 teman dok provoke suruh teman tulis pasal YB Zulkifli Noordin. Ini semua gara2 tulisan MSO Link, Mi-Itik dan Jin Brabus dalamLaman Marhaen tentang mamat ni.

Antara sms yang teman terima berbunyi begini...

"mmg power mi-itik & jin brabus belasah. Truth will prevail." - Fasa 1 Bukit Indah


"Salam...Tolong jengok blog MSO lanjutan cerita gempak YB Zul....Mmg sah lah dia punya statement dekat SUA sebelum PRK PPauh....Kita ni rupa kena main aje...tolong bagi sikit mamat mangkok ni dalam blog KBN....Sana sini sama aje, jadi sapa yang boleh bersuara untuk kita? Tolong jwb!" - Dato' Shukri - Orchid Apartment.

"Aku nak suara rakyat Bkt Indah...Dia ingat kita ni pelupa...Selama dia bagi ceramah dkt SUA dkt 4 thn semua yang belah sana buat, bagi pandangan dia...Tak betul....Skrg ni lain pulak ceritenye...." Dato' Shukri lagi.

Itu tak termasuk komen mulut masa sembang di kopitiam. Letih nak melayan. Cuma teman teringat pesan Hj. Wan (pengerusi SUA)..."Don't over kill..!!"

Teman memang tak ada apa2 faktapun pasal isu2 yang ditimbulkan oleh MSO mahupun penulis2 blog yang lain tu. Jadi tak betul juga kalau teman menulis tidak berdasarkan fakta yang teman tak tahu. Buat dosa kering aje...

Lagipun dia dok diam tak kata apa...Teman rasa kita kena bagi dia sedikit benefit of doubts lah....

Namun teman sukalah menyorot kembali tulisan2 YB Zul sebelum jadi YB. Semuanya boleh didapati dalam blog beliau...Zulkifli Noordin. Terutamanya tulisan2 beliau sekitar PRU12 pada bulan February (41) dan March (35) .

Antara artikel yang menarik ialah...PROJEK OTAK: Keluhan Marhaen dan 30 sen. Kalu dibaca isi kandungan orang dok kempen ni...hebat...

It looks tough..it sounds tough..(peh..macam bunyi Lingam pulak.. it sounds like me..looks like me..but it is not me..). But I find it very encouraging bila jumpa orang-orang kampong ni.

Ada satu nyonya penjual buah potong-potong dekat rumah persinggahan saya di Kulim. Tiap kali saya lalu dia hulur sebungkus buah pada saya..you know sebungkus dia hantar margin profit dia drop tau..

Di satu tempat di sebuah estet, satu orang aci jumpa saya masa buat lawatan. Dia pegang saya nala punya kuat..saya ingat dia nak ambik saya buat menantu. Tapi dia kata dia nak tolong saya..dia kata dia tahu saya takkan menang tapi dia mahu saya bawa suara orang kampong ke Parlimen. Dia buka dompet kecil dia..saya ingat dia nak hulur sireh. Tau tau dia bagi saya 30sen..itu sahaja yang dia mampu.

Kalian tahu, nak menangis saya dibuatnya.. here one old Indian lady sacrificing her lunch money for me. It may not be a lot for most of you..but I tell you.. if you see their living condition..it is big sacrifice on her part to give me that 30 sen. You can see into her eyes..the eyes of hope..hoping that their little voices are heard.

Dan itulah perjuangan saya untuk membawa suara rakyat bawahan..suara marhaen..tangisan pak tani..rintihan aci, keluhan nyonya..biar suara-suara kerdil itu menggegar jiwa rakus di Parlimen sana..biar suara keramat marhaen merentas.

And every single sen you people contribute will go a long way to help me carry those voices.

Thank you..seh seh..nandre..jazakallah..

Makkhatal Sakhti..Peoples Power..Suara Rakyat Suara Keramat..

Pergh....!! Kalu sekarang sebut Makkhatal Sakhti ni agaknye boleh jatuh murtad kot?

Baca lagi ni yob...Listen to our Indian Friends - We Need Each Other More Now Than Ever In This Election dan ini...Serangan Desperado UMNO/BN di Kulim dan macam2 lagilah yob.

Kalau betul2 YB Zul nak masuk Umno bagai yang dikata....sesekali baca2lah blog sendiri. I rest my case...!!

Nota kaki: Menurut satu komen yang dipost dalam MSO iainya berbunyi begini...

Anonymous said...
Dalam blog beliau at http://zul4kulim.blogspot.com/dah tadak bendera keADILan...
sebelum tu ada...

Ha!tu macam confirmation nak keluar tu....LANTAK PI LAH...politik memang macam tu!!

Apapun...tunggu dan lihat je lah rakyat Kulim boleh buat, lain tadak!

November 3, 2008 9:33 PM

Wallahu a'lam...

No comments: