Saturday, September 2, 2017

Azmin diberi tempoh 14 hari usir Pas dari kerajaan negeri Selangor


 logo Pakatan Harapan
 Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) menuntut Datuk Seri Azmin Ali mengusir Pas daripada kerajaan negeri Selangor dalam tempoh 14 hari jika benar Menteri Besar itu komited untuk memacu kekuatan Pakatan Harapan.
Zanirun Baba













Jurucakap GAH, Zanirun Baba (gambar kiri) berkata, Timbalan Presiden PKR itu juga dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Menurutnya, Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan mesti mengutamakan kesamarataan antara kesemua komponen parti dalam sekretariat itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bahawa Azmin akur dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menolak sebarang perbincangan dengan Pas dan janjinya akan mengukuhkan jentera pilihan raya bagi menghadapi tiga penjuru.
Sehubungan itu, GAH, ujarnya, turut mendesak Azmin memaklumkan kepada kelompok kartelnya untuk menolak lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan serta menerima secara inklusif penyokong Pakatan Harapan dalam keputusan dasar siasahnya.
"Tanpa sebarang tindakan daripada Azmin, kenyataannya hanyalah auta dan sandiwara sahaja yang tidak bersandarkan kepada kesungguhan dan realiti.
"Maka adalah berhak untuk semua pihak menperlecehkannya dan menolaknya dalam PRU (Pilihan Raya Umum) nanti," tegas Zanirun bersama lima jurucakap GAH lain.

No comments: