Sunday, August 13, 2017
















Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang
arah apabila ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya
sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik
 Pas kini berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan
Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya
jika mahu terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi
Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila
 kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej
 perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan
yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu
besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya
sekarang, PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan
di Kelantan," katanya di Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak
 kerajaan Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila
 parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah
Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan
Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
Mdateline.

No comments: