Saturday, August 12, 2017

Di Petik Dari Sumber


 Pas

Pas akui Umno-

BN boleh dimanfaat bela Islam


Hashim Jasin
Pas menentang segala kezaliman dan penyelewengan Umno-BN namun mengakui pemimpin dan ahli parti itu ialah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam.
Hashim Jasin
Pas menentang segala kezaliman dan penyelewengan Umno-BN namun mengakui pemimpin dan ahli parti itu ialah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam.
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata Pas boleh bekerjasama dengan Umno-BN dalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355.
"Pas sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, kita telah memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah SAW dengan berpolitik secara matang.
"Kita memilih antara dua kemudharatan iaitu bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam (juga suatu kezaliman menurut pandangan Islam)," katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Hashim berkata sikap Umno-BN berbeza dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam.
"Kita pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.
"Terkeluarnya DAP dari BA pada 2001 adalah kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam, sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan," katanya.
Menurut beliau, ketika Pas tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP dan tindakan zalim BN ke atas rakyat, Pas menyasarkan ahli-ahli Umno dan penyokong BN sebagai orang yang perlu didakwah.
"Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, Pas juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno.
"Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf kita dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka," jelasnya.
Justeru katanya, Pas mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang dan seharusnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam.
"Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan keuntungan kepada Islam," katanya.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

No comments: