Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Sunday, April 3, 2016
Qaireen Izzaty Abu to Friends Of PAS
Warkah ikhlas...
Bukan bertujuan melulu untuk menyakitkan hati. Surat terbuka ini adalah nasihat untuk pemuka-pemuka PAN. Peringatan untuk ahli, penyokong dan simpatisan PAN. Ayuh, kita imbau kembali bagaimana kerja iblis apabila dihalau dari syurga. Apa persamaannya dengan pemuka-pemuka PAN?
Bukan bertujuan melulu untuk menyakitkan hati. Surat terbuka ini adalah nasihat untuk pemuka-pemuka PAN. Peringatan untuk ahli, penyokong dan simpatisan PAN. Ayuh, kita imbau kembali bagaimana kerja iblis apabila dihalau dari syurga. Apa persamaannya dengan pemuka-pemuka PAN?
Ingatlah kembali kisah iblis yang berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam apabila keluar dari syurga. Dendam kesumat mendorong iblis merencanakan sehalus-halus strategi untuk merosakkan umat manusia. Begitu nekad iblis mengambil keputusan. Alang-alang masuk neraka, baik menyeluk pekasam sampai ke pangkal lengan. Semuanya mesti disesatkan. Semuanya mesti dibinasakan.
Kerja kuat pemuka-pemuka PAN jelas menelusuri jalan yang diambil oleh iblis tersebut. Sebaik mereka keluar dari PAS, mereka guna segala ruang untuk menghancurkan PAS. Mereka merosakkan minda ahli-ahli PAS dengan tohmah dan fitnah agar terpengaruh dengan ajakan mereka. Isu-isu lama seperi UG dan Amanat Haji Hadi dibangkitkan. PAS dikaitkan dengan keganasan ala-ISIS. Usaha membunuh karektor TGHH dan ulama PAS dijalankan tak henti-henti. PAS dihunjam kredibilitinya.
Bukan sekadar itu, lenggang-lenggok PAN yang ingin melihat PAS tumbang di Kelantan sudah dapat dibaca, walaupun disulami dengan janji manis ‘mencuka’. PAN tahu mereka tak akan menang. Tetapi kepuasan sebenarnya bagi mereka adalah apabila PAS juga kalah di kubunya itu. Itu natijah dendam kesumat mereka.
Nekad sungguh pemuka-pemuka PAN; senekad janji iblis. Pertarungan mereka yang kononnya sangat alergik dengan UMNO, rupa-rupanya lebih terarah peluru, panah dan gendang mereka kepada parti yang pernah mengandung mereka. Anak buluh betung sungguh lagaknya.
Entah apa-apa lagi yang akan diungkit oleh pemuka PAN. Entah apa lagi rencana durjana akan direka. Iblis berjanji untuk menyesat dan merosakkan manusia hingga ke hujung dunia; apakah pemuka PAN akan mengambil langkah yang sama. Sungguh mengharukan melihat latah manusia yang nanar dalam kekalutan. Lebih mengharukan sekiranya ada manusia berlumba-lumba untuk menyertai dan mempertahankan kedurjanaan itu.
Tiada lagi istilah dosa dan pahala dalam diari kehidupan iblis. Apakah pemuka-pemuka PAN juga telah menelusuri langkah yang sama? Iblis memang sudah tertutup jalan pulang. Jalan itu jalan taubat masih terbuka luas untukmu wahai pemuka-pemuka PAN.
jom sama2 tonton..kembali kan memori lama.. 😂😂😂
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment