Isu derma RM2.6 bilion dan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan turut menjejaskan kepercayaan Orang Asli terhadap kerajaan BN.
Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Wednesday, August 26, 2015
Di Petik Dari Sumber
ORANG ASAL BANGUN MELAWAN
YANG ASAL
BALiK USUL
Ubah dasar atau kami sokong pembangkang – Orang Asli
| August 25, 2015
PETALING JAYA: Kontroversi derma RM2.6 bilion dan kegagalan Najib Razak memberi penjelasan telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Orang Asli kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli berpendapat dana politik yang dikatakan sumbangan derma daripada pemimpin negara Arab itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
“Seharusnya duit derma itu mesti dimasukkan ke dalam akaun organisasi atau parti dan bukan kepada individu.
“Sekiranya orang lain yang berbuat demikian. Bukankah ia akan menjadi isu besar?,” katanya kepada FMT di Ibu Pejabat JOAS.
Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, kerajaan BN juga perlu mengubah dasar kerana dasar sedia ada tidak lagi selari dan menepati kehendak masyarakat Orang Asli.
Dia mengingatkan kerajaan bahawa pengundi Orang Asli sedia berpaling tadah dan mengundi pembangkang pada pilihan raya akan datang jika kerajaan gagal mengubah dasar itu.
“Cara Kerajaan BN tadbir negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dilihat tidak sesuai lagi dengan masyarakat Orang Asli.
“Bagi saya Orang Asli akan menyokong pembangkang dan kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika diberi pilihan.
“Ini kerana kerajaan yang diperintah pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang lebih baik berbanding Kerajaan BN,” katanya.
SALUT
sokonmgan teguh
sokongan bulat
kes duit derma tok arab ini
dah menular dalam
bukan hanya bualan
dalam bandar
bukan hanya bualan kedai kopi
kini telah sampai
ke pendalaman
ini tanda tanda
ianya akan meledak
BiDUANDA
----------
POSTED BY TUKAR TIUB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment