Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Saturday, May 23, 2015
Ibnu Mas'ud pernah berkhilaf dengan Saidina Uthman dalam hal kewajaran menunaikan solat qasar ketika dalam permusafiran. Saidina Uthman menegaskan kecenderungannya agar ditunaikan solat secara sempurna 4 rakaat tanpa qasar. Pandangan ini dibantah oleh Ibnu Mas'ud dengan hujah yang dikira kuat.
Walaupun begitu, Ibnu Mas'ud tetap sudi mengikuti solat yang diimamkan oleh Saidina Uthman. Apabila ditanya, mengapa awalnya dilihat tuan tidak bersetuju dengan khalifah, tetapi tuan tetap mengikut beliau? Ibnu Mas'ud tenang menjawab;
الخلاف شر
"Khilaf adalah keji" - sahih riwayat Abu Daud
"Khilaf adalah keji" - sahih riwayat Abu Daud
Maka di sini difahami bahawa;
1. Sikap keji orang bawahan adalah mencanangkan 'pandangan peribadinya' walaupun setelah ketua menetapkan keputusan.
2. Kaedah menguruskan khilaf adalah dengan kembali mentaati ketua.
3. Munculnya pandangan lain setelah ketua memutuskan pendirian adalah khilaf yang keji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment