Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56


Tuesday, March 10, 2015
KUALA LUMPUR 10 MAC- Polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berhubung Himpunan Menyokong Pembebasan Anwar Ibrahim #KitaLawan di ibu negara, Sabtu lalu,
Difahamkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, menjadikan empat pemimpin parti itu ditahan setakat ini.
Rafizi ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan tentang isu 1Malaysia development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Pandan itu ditahan kira-kira jam 7 petang selepas memberi keterangan berkaitan syarikat pelaburan berkenaan.
Polis hari ini turut menahan Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di bawah tuduhan yang sama.
Ahad lalu, polis menahan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang lagi pemimpin AMK, Saifullah Zulkifli sehari sebelum itu. Laporan media memetik peguam Nik berkata, Ketua AMK itu dijangka dibebaskan malam ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment