Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Sunday, February 15, 2015

| TGNA juga ditanya soalan ini Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
"
Sunyi rasanya bila TGNA sudah pulang ke pangkuan Penciptanya dialam yang baru. Ditinggalkan jasadnya dibumi untuk dikenang oleh kita akan jasa dan kebaikkannya dan diangkat rohnya kehadrat Ilahi untuk dihisab akan setiap amal yang telah dilakukan dibumi.Besar tanggungjawab TGNA dalam melayari hidupnya yang dipenuhi dengan beban galas sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat dan juga ketua bagi sebuah negeri iaitu kelantan. Walaupun insan ini bertubuh kecil dan lemah, akan tetapi dengan berkat ilmunya, beliau diangkat begitu tinggi dimata manusia sehingga satu dunia merasai kehilangannya diatas muka bumi ini. Dikhabarkan dimerata dunia melakukan solat sunat jenazah ghaib khas untuk TGNA. Allahuakbar, hebat sungguh insan yang bernama TGNA ini.
Begitupun kehebatan TGNA dimata manusia, cara perjalanan beliau ke alam barzakh tetap sama seperti kita yang daif ini. Beliau juga wajib melalui fasa dicabutnya roh dari badannya dan mayatnya juga perlu ditanam seperti juga kematian kita dan juga kematian orang bukan islam juga. TGNA juga wajib dimandikan mayatnya,di kafankan serta disolatkan jenazahnya dan akhirnya ditanamkan di dalam tanah seperti kita semua.
Cuma yang membezakan antara kita dengan arwah TGNA adalah amalannya. Bagaimana kita datang kebumi ini adalah sama seperti semua insan diatas dunia ini yang semuanya lahir dari perut ibu yang dicintai yang merasai sakitnya mengeluarkan kita dari rahim yang mulia itu. Yang hanya membezakan kita semua adalah bagaimana kita mengakhirkan hayat kita samada dalam iman ataupun dalam kekufuran.
Selepas sahaja dikebumikan jenazah TGNA, dah setelah 7 langkah terakhir oleh orang yang terakhir meninggalkan pusara beliau, maka bermulalah tugas malaikat mungkar dan nangkir menyoal 5 soalan yang juga sama soalannya yang akan ditanya kepada kita nanti. Soalan ini tidak akan berubah sedikitpun walau siapa kita diatas muka bumi ini. Dan soalan ini 'bocor' sejak 1400 tahun yang lalu semenjak Baginda SAW memberitahunya kepada sahabat-sahabatnya.
Apakah soalan yang bakal ditanya kepada allahyarham TGNA? Soalan itu semua orang islam yang berilmu mengetahuinya. Dan soalan itu adalah yang pertama berkenaan dengan SOLATNYA. Adakah almarhum TGNA sorang sahaja yang ditanya berkenaan dengan solat itu? Kita yang kerdil ini juga ditanya soalan yang sama.
Apakah yang membezakan soalan itu ditanya antara TGNA dengan kita? Bezanya adalah cara ianya dijawab. Untuk TGNA, aku pasti soalan itu akan dijawab oleh amalnya dengan penuh lancar tanpa sangkut-sangkut, tetapi untuk kita, belum tentu amal dapat menjawabnya selancar amal pada TGNA.
Kenapa SOLAT mesti ditanya dahulu bukan sedekah, bukan zakat, bukan haji dan sebagainya. Tiada siapa yang mengetahui jawapan khusus kenapa mesti pada SOLAT sebagai permualaannya. Mungkin pada aku yang kurang malah cetek ilmu ini menjawab, selain solat itu tiang agama, hanya perintah solat sahaja yang tidak perlukan kekayaan untuk melakukannya. Aku yang seadanya ini boleh melakukan solat sesenangnya dan orang kaya malah sultan sekali pun mampu melakukanya tanpa perlu berkereta mahupun kapal terbang untuk mendirikan solat.
Sedangkan untuk melakukan sedeqah, zakat, haji, puasa malah yang lainnya terkhusus untuk orang2 tertentu yang diarahkan oleh Allah. Untuk sedeqah zakat dan haji, orang miskin bagaimana pula harus menjawabnya sedangkan mereka tidak mampu untuk melunaskan perintah-perintah tersebut. Hanya kefardhuan SOLAT sahaja yang merentasi latar belakang manusia yang Allah adalah Tuhannya. JAdi itulah keadilan Allah kenapa SOLAT mesti ditanya dahulu sebelum soalan lain mendatang.
Bagi TGNA, bila soalan SOLAT dengan mudah dijawab olehnya tidak untuk kita, maka soalan2 yang lain sudah menjadi mudah baginya. Ini kerana yang menjawab soalan malaikat itu bukan mulut beliau tetapi amal2 baik beliau yang terlalu banyak semasa hayatnya dibumi dahulu. Apakah para malaikat akan menang dengan soalan yang disediakan sedangkan amalnya sudah membentengi jasad TGNA sepenuhnya tanpa perlu diapa-apakan oleh malaikat tersebut.
Terkadang tersentap bila mendengar 'neraka wel bagi orang yang bersolat'. Kenapa dengan bersolat yang Allah perintahkan tapi Allah ugut dengan neraka pula? Adakah bercanggah antara suruhan dan juga ancaman dalam satu perkara yang sama?
Rupanya arahan bersolat itu bukan setakat pergerakkan yang kita biasa lakukan dalam solat yang kita lakukan setiap hari, malah ianya jauh lebih tinggi pengajian yang wajib kita telusuri.. Adakah ketika kita bersolatkan berimamkan TGNA dahulu kualitinya sama? Adakah TGNA akan dapat 27 pahala solat berjemaah sama seperti kita? Jauh panggang dari api jawapannya. Cara SOLAT TGNA jauh lebih baik dari cara solat kita walaupun kelihatan sama pergerakkannya dimata orang lain. Disinilah ilmu yang memisahkan kita dengan TGNA.
Dikhabarkan bahawa Saidina Ali KW, yang anak panah tercacak dikakinya mengarahkan para sahabat yang lain mencabutnya ketika beliau bersolat. Sedangkan untuk kita pula, wajib menyuntik ubat bius jika perkara yang sama berlaku pada kita. Adakah saidaina Ali tidak rasa sakit ketika dicabut panah itu semasa solat? Sedangkan nyamok yang menggigit kita dilengan pun sudah menampar2 akan kita dalam solat. Jauhnya kualiti solat orang beriman serta berilmu berbanding kita ketika ini.
Anak2 kita yang lemah math, kita hantarnya belajar dikelas tambahan diwaktu malam, begitu juga dengan English dan juga sains. Ilmu2 wajib kita pelajar kerana keperluan semasa kita. Tapi anak2 kita dan juga diri aku sendiri yang lemah menguasai SOLAT tidak pula kita pergi kelas tambahan untuk memperbaiki cara solat kita sebaiknya.
Akhirnya, bila kita berjaya 'tackle' soalan berkenaan SOLAT di kubur nanti, seterusnya kita akan berehat dengan tenang di alam barzakh menunggu hari kiamat yang sebenar berlaku. BUkan sekejap masa yang diperuntukkan utk kita didalam kubur itu, jika kuburan kita itu menyeksakan, sanggupkah kita duduk dalam kubur itu selama setahun? Bagaimana dengan orang-orang dizaman firauan yang sudah 5000 tahun dialam kubur?
Untuk mendapatkan SOLAT berkualiti, hanya dengan mengikuti cara solat Baginda SAW sahaja. Belajarlah dengan yang pakar berkenaan solat Baginda SAW dan janganlah kita memandai dalam hal solat ini. Jangan direka solat mengikut kehendak kita kerana Allah berjanji akan memasukkan orang-orang yang bersolat kedalam neraka wel iaitu orang yang main-main dalam solatnya.
Untuk pengetahuan bahawa, kita sebenarnya kehilangan sorang yang pakar dalam teknik2 solat yang betul yang sanadnya sampai ke Rasulullah SAW iaitu TGNA. Oleh itu carilah pakar2 SOLAT yang masih ada dibumi Malaysia ini sebelum mereka juga dijemput oleh Allah suatu hari nanti.
Sama-sama kita belajar TEKNIK-TEKNIK SOLAT yang benar demi menjawab soalan pertama Malaikat munkar dan nangkir .
Aku rindu murabbi ku TGNA.
Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi
www.dadiydoo.com II www.dakarcher.com
Oleh Dato’ Mahfuz Omar
Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Setelah Pergi Barulah Dihargai, Teruskan Perjuangan Menyebarkan Kebenaran
1. Sejak bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar , seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama’ yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat. Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.
2. Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengkebumian Almarhum. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum. Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.
3. Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar. Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua. Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.
4. Sungguhpun demikian, saya tetap menzahirkan lafaz tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang telah memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Almarhum Tuan Guru. Semoga keberanian untuk menyebarkan kebenaran itu akan kekal dan memanfaatkan ramai lagi tokoh sedia ada yang masih hidup yang perlu disebarluaskan nasihat mereka.
5. Usahlah menunggu insan hebat itu tiada lagi barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang sering dipesan oleh Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum.
Dato’ Mahfuz Omar,
Di Petik dari Sumber
51,571 Views
PenMerah [dot] com with Satwinder Singh and 2 others
Seorang menteri yang zuhud,rasa admin hanya beliau satu-satunya
menteri besar yang memotong 40% dari gajinya,yang tidak menerima
elaun perayaan. Jika ada tersilap info admin,mohon betulkan..
menteri besar yang memotong 40% dari gajinya,yang tidak menerima
elaun perayaan. Jika ada tersilap info admin,mohon betulkan..
Kredit video : astro awani
TIDURLAH TOK GURU
negerimu banjir lagi
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda
dalam sesingkat masa
airmata bertakung di hati
kau kembali ke riba Pencipta
pada malam penghulu segala hari
setelah Dia memberi cukup petanda
dalam sesingkat masa
kami bukan menangisi permergianmu
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati
kami hanya merintihi kehilanganmu
mohon pengganti Murabbi
yang sejati dan istiqamah sampai mati
mengagumimu dari jauh
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa
menyantunimu hanya dalam mimpi
mengharapkan bersua namun sampai sudah tidak berjumpa
mungkin saja kerana aku masih belum layak
untuk berdamping dan berjuang bersama
sedang ilmu lebih banyak perlu ditimba
sedang iman perlu dibaja dan diperkasa
namun pada Allah aku pinta
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)
letakkanlah aku bersama-sama pemimpin sezamanku yang mulia
di Padang Mahsyar nanti
supaya rapat dekat dengan Nabi
semoga dapat syafaat dari Muhammad (SAW)
Tidurlah Tok Guru
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan
dunia telah kau tinggalkan
akhirat kini menjadi buruan
halaman untuk menuai segala hasil perjuangan
semoga kau tenang bersama Dia
setelah letih dan lelahmu berakhir jua
setelah letih dan lelahmu berakhir jua
salaam kami untuk Rasulullah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan insyaAllah
usaha dakwah yang kau wasiatkan
akan kami teruskan insyaAllah
| Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Setelah Pergi Barulah Dihargai 13:14:23 MYT ted on Sunday, Dilulus untuk paparan oleh memo |
Oleh Dato’ Mahfuz Omar
Tok Guru, Ketika Hidup Media Perdana Mempersenda, Setelah Pergi Barulah Dihargai, Teruskan Perjuangan Menyebarkan Kebenaran1. Sejak bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar , seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama’ yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat. Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.
2. Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengkebumian Almarhum. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum. Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.
3. Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar. Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua. Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.
4. Sungguhpun demikian, saya tetap menzahirkan lafaz tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang telah memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Almarhum Tuan Guru. Semoga keberanian untuk menyebarkan kebenaran itu akan kekal dan memanfaatkan ramai lagi tokoh sedia ada yang masih hidup yang perlu disebarluaskan nasihat mereka.
5. Usahlah menunggu insan hebat itu tiada lagi barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang sering dipesan oleh Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusatts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment