Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Thursday, November 6, 2014
Anwar imamkan solat Maghrib, ucap terima kasih kepada penyokong
(Oleh: Azuan Ab Rahman)
PUTRAJAYA 6 NOV: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib dibawah khemah berhampiran bangunan kompleks Mahkamah Persekutuan di Putrajaya sejurus selesai perbicaraan hari ke-7
Selesai mengimamkan solat Maghrib tersebut Anwar turut menyampaikan ucapan ringkas bagi menghargai penyokongnya yang setia berkumpul sejak awal pagi.
Beliau mengucapkan penghargaan kepada penyokong yang sanggup berpanas dan berhujan bagi menuntut keadilan di negara ini.
“Mana nak cari yang sanggup berhujan dan berpanas. Saya teruk juga tetapi duduk dalam bilik hawa dingin. Ini panas dan hujan terus bertahan,” katanya disambut sorakan penyokong.
Terdahulu, ketika Anwar berjalan menghampiri penyokongnya sebaik keluar dari kompleks mahkamah kira-kira jam 7 malam, para penyokong melaungkan “reformasi”.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik ahmad dan timbalannya Dr Afif Bahardin antara pemimpin yang mengiringi beliau ketika keluar dari kompleks mahkamah tersebut.
Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung semula pada jam 3 petang Jumaat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment