Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Saturday, August 16, 2014
Orang Tanya Aku Jawab: Pas perlu sokongan bukan Islam dan DAP ? (16) Posted on Saturday, August 16 @ 20:57:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |

Pimpinan DAP banyak kali membuat kenyataan bahawa jika PAS keluar Pakatan Rakyat PAS akan mengalami kerugian besar. Masyarakat bukan Islam tidak akan lagi menyokong PAS dan PAS akan kalah dibanyak kawasan.DAP kata lagi PAS memerlukan partinya untuk mendapat sokongan Bukan Islam. BETUL KE KENYATAAN INI?
Jawapan Aku:
Situasi 1: Sokongan Bukan Islam terutama masyarakat Cina pada PRU-13 adalah yang paling maksimum dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Ramai penganalisis berkata sukar lagi untuk mendapat sokongan semaksimun ini pada pilihanraya akan datang melainkan jika gelombang kebangkitan masyarakat terutama masyarakat Cina hanya mampu dikekal untuk pilihan raya ke-14.
Masyarakt India sudah mula goyah dan BN telah mula meresapi semula, tetapi bagi MCA dan Gerakan keupayaannya adalah agak mustahil.
Situasi 2: Kerusi yang ditandingi oleh DAP pada pada masa sekarang adalah maksimum mengikut posisi kaum iaitu sekitar 40. Ini bermakna DAP tidak boleh berkembang hanya sekitar 40 atau 50 kerusi parlimen.
Untuk memecah bilangan ini DAP terpaksa menunjukkan partinya berbilangan kaum (memang dah berbilang kaum tapi tidak menunjukkan keadaan itu...). Oleh itu tidak hairan semasa pilihan raya kecil di Perak Lim Kit Siang (LKS) & Lim Guan Eng cuba menjayakan saytu projek untuk melihat DAP tidak rasis dan Diyana telah menjadi calon.
Selepas Diyana kalah kenyataan LKS bahawa kekalahan ini disebabkan masih ada dikalangan DAP yang rasis. Kenyataan ini mengikut penganalisis adalah di tujukkan kepada DAP Perak yang menolak calon Diyana kerana Melayu.
Situasi 3 : Berapa tahun lepas selepas PRU-12 gambungan NGO Cina yang tidak memihak mana-mana parti telah membuat pertemuan dengan kepimpinan PAS. Mereka melihat PAS adalah satu-satu p[arti Melayu yang boleh dipercayai. NGO ini mneyedari kadar pertumbuhan masyrakat Cina makin menurun dan kadar perkahwinan amat rendah dan jika berkahwin bilangan anak sangat sedikit. Ini membuat mereka risau tentang masa depan politik mereka.
Mereka sedar mereka telah menguasai ekonomi tetapi ekonomi semata-mata tyidak menjamin keutuhan bangsa Cina di Malaysia. Oleh itu mereka perlu sokongan untuk demi servival bangsa Cina Malaysia.
Saya rasa jelas..
DAP dah sampai Siling, dia perlukan PAS untuk melebarkan DAP kalau tidak sampai takat itu. Ugutan itu bukan untuk PAS tetapi untuk diri mereka sendiri.
Satu lagi yang DAP takut ialah PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam. Dengan ada kelab ini dan jika ahli kelab penyokong ini diberi taraf keahlian yang sama dengan kedudukan yang baik. PAS tak perlu DAP lagi!!!
Saya Ulang PAS tak perlu DAP lagi.
Jadi jangan BULI PAS denganugutan bodoh tanpa fakta yang jelas dan maklumat yang terkini dengan unjuran yang mendalam.
Saya akan sambung jika perlu dengan fakta yang lebih sulit (itu pun jika perlu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment