Monday, August 18, 2014


Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya
Posted on Monday, August 18 @ 23:52:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh Timmy Say
WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.

Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.

Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.

Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi.




Oh nona ku....Azizah (2)
Posted on Monday
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kontra ArtikelOleh Mat Saman Kati

Pengadil akan meniup wisel untuk masa tambahan bila-bila masa saja, so kalau aku lambat...hilang pulak stim untuk menulis. Jadi, aku fast-forward sebelum Hari Raya yang lalu. 

Hujung bulan Julai, Khalid sudah menjangka dia akan dipecat. Dan ketika orang tengah sibuk dengan surat tunjuk sebab dari PKR, Khalid cuba mendapatkan nasihat dari kawan-kawan dia. Pertama sekali dari PAS.


Tentu kita masih ingat satu gambar pertemuan Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Khalid dirumah Khalid dalam bulan Ramadan. Hj. Hadi dan Mustafa Ali datang kerumah Khalid selepas solat Terawikh...kira dah hampir tengah malam jugak la. Namun, tak banyak info yang keluar sebab Hj. Hadi cuma bagi tau..."saja nak datang melawat."





Sebenarnya, masa tu Khalid meminta pandangan Hadi. Kalau PAS sokong dia, Khalid akan terus memegang jawatan MB. Kalau PAs tak sokong, dia akan letak jawatan.
Hj. Hadi adalah orang yang paling kuat menyokong Khalid. "Enta jangan risau. PAS akan sokong seratus peratus. PAS akan tetap sokong, walau apapun terjadi." Khalid syok sikit la.
Lepas tu, Khalid cuba mendapatkan sokongan dari ADUN-ADUN PKR. Roziah Ismail sampai menangis tersedu-sedu.."I'll be with you, Tan Sri. I'll be with you..Tan Sri". pirrrahh!! Elizabeth Wong juga mahu kekal bersama Khalid. Dr. Daroyah agak goyang sikit..."Wait and see." 
So, dari PKR...Khalid dapat sokongan dari dua EXCO dan dua lagi ADUN. Kalau campur dia sendiri, jadi lima. 15+5=20. Ini bermakna, PKR dan DAP ada 24..so team Anwar lebih 4 kerusi.
Khalid menyampaikan situasi ini kepada Sultan. Sultan mintak Hj. Hadi datang mengadap untuk mendapat kepastian. 
Hj. Hadi berjumpa Sultan pada 5 Syawal...atau Hari Raya kelima.
Sultan tanya kat Hj. Hadi mengapa dia sokong Khalid. Hj. Hadi jawab, "Haram hukumnya menjatuhkan pemimpin yang tidak bersalah." Dan Hj. Hadi juga memberitahu Sultan bahawa PAS akan menyokong Khalid seratus peratus. Sultan puas hati.
Semua ini berlaku lebih dari seminggu sebelum Khalid dipecat. See...semua sudah standby..cuma ada satu masalah.
Khalid ada 20...Anwar ada 24. Siapa yang ada majoriti? Kalau ikutkan, Anwar ada kelebihan. Tapi macam mana kalau Sultan setuju dengan Anwar dan kemudian, bila tiba sidang DUN, geng Umno seramai 12 orang bertindak menyokong geng Khalid dan PAS, menjadikan geng Khalid 32 dan geng Anwar 24? Lingkup juga Anwar dan kemungkinan PRN perlu diadakan.
Ada orang dari istana buat kerja jadi orang tengah. Sama ada Sultan yang arah atau tidak..aku tak tau. 
Istana cuba mendapatkan pandangan dari Umno, sama ada mereka mahu satu PRN baru atau tidak. Umno pun tak kuat dan tak berani nak menghadapi PRN..tambahan pulak kerja "mediation" ini dibuat oleh istana. Umno membuat keputusan untuk menyokong team Khalid.So, bila Khalid dipecat, Khalid berjumpa Sultan dan memaklumkan situasi pada masa itu. Pada aku, ia hanyalah formaliti sebab semuanya dah tau. Sultan pun mengarahkan Khalid meneruskan tugas sebagai MB.
Keesokan harinya, Wan Azizah pula memohon mengadap. Yang lecehnya, Azizah membuat permohonan bagi pihak suaminya untuk mengadap. Surat permohonan pun bukan yang mempunyai letterhead parti, tapi letterhead Anwar Ibrahim."Bila Sultan dapat surat tu...dia kata."Ni orang tak tau adab dan tak tau adat. Macam ni nak jad MB? Hang Presiden parti..nak jadi MB..tapi nak jumpa aku pun hang suruh laki hang yang mai?" Lebih kurang macam tu la.Anwar gagal mengadap. Dan Sultan pun berangkat ke luar negeri.
So, Khalid tidak menipu Sultan bila dia kata dia ada majoriti sebab Sultan sendiri mendapat kepastian dari Hj. Hadi. Cuma yang tersepit disini ialah Hj. Hadi. Dia sudah berjanji dengan Sultan..tapi sekarang janji tersebut dimungkiri. Kalau sebelum tu Hj. Hadi kata, "Haram menjatuhkan pemimpin yang tak bersalah", sekarang apa hukumnya memungkiri janji?Ok la...bukan salah Hj. Hadi sebab orang-orang dia yang menentang keputusannya. Tapi, mana Hj. Hadi nak taruk muka? Hari ini, member aku, Raja Azman Petra buat satu status menarik dalam FBnya 

Preeeettt...wisel untuk masa tambahan sudah berbunyi. Jangan tanya aku, "what's next?" Aku mana tau sapa yang akan score. Tapi aku rasa, game ini akan berlanjutan ke tendangan penalti

No comments: