Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Saturday, June 7, 2014
788 guru dan pegawai pendidikan JAIS terima durian runtuh
LIZAWATI MADFA | .
SHAH ALAM:Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Rabu lalu meluluskan kenaikan pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran tunggakan berjumlah RM5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga Disember sebanyak RM2.4 juta.
Katanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG 29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.
“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.
“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.
“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN, 4 Mei lalu.
Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29, 37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41), seorang (DG 44), empat orang (DG 48) dan seorang (DG 52).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment