Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Saturday, August 17, 2013
| 8 Makanan Sihatkan Mata Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |

Masalah penglihatan seperti rabun jauh atau rabun dekat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah masalah penglihatan tetap akan berlaku seiring dengan usia.
Untuk kali ini, Belalang akan kongsikan 8 makanan yang sihatkan mata anda agar penglihatan akan sentiasa baik. Sumber asal dari Yahoo News!
Lobak Merah
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.Teh
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.<img src="http://b.scorecardresearch.com/p?c1=8&c2=6864323&c3=996&c4=&c5=&c6=&c10=&c15=&cj=1" /> <a href="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/cc?z=admaxasia2&pid=a1a7f8b4-f07a-4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-8d10-46c8d3a316d6"><img src="http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/858005/0/vc?z=admaxasia2&dim=280733&pid=a1a7f8b4-f07a-4e38-8eae-bbd2ba7bff4d&asid=7ff8bfee-9f66-4fcf-8d10-46c8d3a316d6&abr=$imginiframe" width="300" height="250" border="0"></a>
Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment