Tuesday, May 21, 2013

Di Petik Dari Sumber

MOUNTDWELLER

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Guan Eng mahu polis bertindak ke atas samseng
Sekumpulan penyokong pro Barisan Nasional mengasari kira-kira 30 peserta perhimpunan yang menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli di pintu depan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang malam tadi
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis bertindak ke atas  samseng yang cuba mengganggu hak rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan nyalaan lilin menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Hamid malam tadi.

Beliau berkata, sekumpulan penyokong pro Barisan Nasional telah mengasari peserta perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang termasuk dua wartawan iaitu Low Chia Ming dari Malaysiakini dan wartawan Nanyang Siang Pau Bryan Lai di hadapan Universiti Sains Malaysia.

Difahamkan pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari  turut dipukul ketika mengadakan nyalaan lilin bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, itu.

Rozaimin Khir Johari didakwa dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan universiti itu.

Lim yang juga Setiuasaha Agung DAP berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang mengutuk tindakan ganas penyokong-penyokong BN tersebut.
Katanya, laporan polis telah pun dibuat oleh kedua wartawan terbabit.

`Polis tidak ambil tindakan’

“Amat menyedihkan apabila polis cawangan khas yang hadir tidak pun mengambil tindakan terhadap samseng-samseng tersebut. Saya akan menulis surat kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendesak supaya tindakan diambil terhadap samseng-samseng ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata, kerajaan negeri  amat terkejut apabila kerajaan persekutuan BN dan Peguam Negara kelihatan merelakan perogol mengahwini mangsa rogol bawah umur bagi mengelak dakwaan jenayah kerana merogol gadis bawah umur
Katanya, membenarkan perogol gadis bawah umur bebas tanpa dihukum adalah amat keji.

“Tiada sesiapa patut terlepas daripada tuduhan merogol hanya kerana mereka mengahwini mangsa.

“Membenarkan seorang perogol untuk bebas daripada pertuduhan merogol hanya kerana mengahwini mangsanya bukan sahaja amat keji malah sangat-sangat tidak bermoral. Apa lagi perlindungan yang ada untuk anak bawah umur dan gadis muda daripada perogol,?” tanya beliau.

Menurut Lim, kes rogol bawah umur di Sabah semalam di mana pertuduhan terhadap si perogol boleh digugurkan kerana dia mengahwini mangsa berusia 13 tahun itu sangat tidak boleh diterima kerana jenayah tetap jenayah dan mesti dihukum dengan berat.
Katanya, adalah amat meloyakan untuk membenarkan mangsa rogol mengahwini si perogol supaya perogol boleh mengelak daripada menjalani hukuman di atas jenayahnya yang cela itu.
`Menghukum mangsa bukan pelaku’
“Ini sudah menghukum mangsa dan bukan pelaku. Kedua-dua perogol dan mangsa rogol mungkin boleh berkahwin di masa akan datang kerana itu hak mereka, tetapi tidak boleh dibenarkan sesiapa pun menggunakan alasan itu untuk meboloskan diri daripada dihukum,” tambah Lim.
Beliau menambah, tujuan mengadakan peruntukan undang-undang jenayah untuk kes rogol bawah umur ialah untuk melindungi gadis bawah usia 16 tahun yang telah rela melakukan hubungan seksual tanpa menyedari akibat daripada tindakan mereka.
Katanya, jika para lelaki boleh bebas daripada tuduhan rogol bawah umur dengan mengahwini anak gadis muda, mungkinkah klausa pengecualian ini dipanjangkan kepada semua kes mangsa rogol dengan menggalakkan perogol mengahwini mangsanya.
Menurutnya, sebagai ibu bapa kepada anak-anak perempuan, kita sentiasa runsing dan takut anak-anak bawah umur kita diambil kesempatan.
Tambahnya, apalah gunanya mempunyai kedaulatan undang-undang sekiranya undang-undang tidak boleh melindungi mereka.
Kataya, beliau berharap semua pihak berkuasa berkaitan akan berasa malu sehingga mesti mengambil tindakan terhadap semua kes rogol bawah umur yang merupakan jenayah tidak kira sama ada perogol mengahwini mangsanya atau tidak.

Laaaa.....Sampai Begitu Sekali?

Yang ni mungkin ramai yang tak tahu
Orang UMNO/BN sendri pun tak tahu 
sebab tak diberitahu 
Takut patah hati, jatuh moral! 


Patut BN P.Pinang Tak Berkokok, 
Rupa-Rupanya BN Cipta Sejarah.
samseng
Sekumpulan penyokong pro Barisan Nasional mengasari kira-kira 30 peserta perhimpunan yang menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli di pintu depan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang malam tadi
Sungguh gua tak sangka BN hilang wang pertaruhan di dua DUN iaitu N27 Pengkalan Kota dengan N13 Berapit yang kedua-duanya di Pulau Pinang. Sejarah sedang menceritakan memang benarlah BN sudah hilang taring walau pun balaci mereka SPR berhempas pulas untuk memenangkan semua calon-calon BN sehingga semua calon PR hilang wang pertaruhan. Adakah ini tandanya hantu-hantu tidak sempat sampai sehingga BN dimalukan pada PRU13. Gua nak dengar jugak komen-komen dari blogger-blogger pencacai tahap celaka kenapa boleh berlaku perkara yang memalukan ini. 

Walau pun BN menang mudah untuk membentuk kerajaan haram yang dibantu oleh balaci mereka iaitu SPR, majoriti rakyat telah menolak Umno/BN dengan kelebihan hampir 400,000 berpihak kepada Pakatan Rakyat. Gua boleh jamin jika SPR tidak menjadi balaci celaka Umno/BN, Najib dan tenteranya dah lama mampus. Apa pun gua mengucapkan terima kasih kepada BN kerana gua dah jangka dengan kerusi yang semakin mengecil mereka akan melakukan pembersihan secara besar-besaran terhadap rakyat yang menolak mereka.

Najib semakin gusar dengan perebutan jawatan calon-calon menang yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi. Memandangkan Najib bodoh bak mengira walau pun beliau ada kepakaran dalam mengira komisen tetapi kebodohannya ditunjukkan kepada parti komponen BN yang mana ada parti menang banyak kerusi diberi satu jawatan timbalan menteri, parti yang menang sikit kerusi diberi beberapa jawatan menteri penuh dengan beberapa timbalan menteri, kroni yang tak bertanding diberi jawatan menteri penuh dengan melantik mereka Senator. Apa yang menarik ialah perkara ketidak puasan hati berlaku di dua negeri penyelamat Umno untuk terus memerintah iaitu Sabah dan Sarawak.

Bila perkara nih heboh maka penasihat-penasihat beliau telah membuat panggilan kepada setiap MP-MP yang tak puas hati dengan jaminan kabinet dapur akan dirombak dan yang tak dapat jawatan akan diberi jawatan sebagai pengerusi-pengerusi agensi kerajaan. Jika diambil kiralah, semua MP BN yang menang sebanyak 133 kerusi akan mendapat jawatan dan ini juga sejarah yang dilakar oleh Najib. Untuk menampung kos kerana selepas dapat elaun MP, mereka akan dapat tambahan elaun sebagai pengerusi agensi kerajaan.

Dari mana pula Najib akan merompak untuk membayar elaun MP-MP BN ialah dari lu all yang pangkah BN ler. GST sahaja kerajaan dijangka mendapat pulangan sebanyak RM26 bilion setahun dan semua subsidi minyak masak, minyak petrol, gula dan segala subsidi yang kerajaan tanggung sekarang ini yang mana kerajaan haram BN boleh menjimatkan lebih RM40 bilion. Kenapa kerajaan haram melakukan perkara ini ialah untuk menghebuhkan seantero dunia bahawa ini sebagai terima kasih mereka kepada warga marhaen yang bodoh nak mampus pangkas BN. Terima kasih Barang Naik (BN) kerajaan haram sial nak mampus dicampur dengan perasa celaka , pergi jahanam, bangsat, banggang dan lebih baik mampus dari hidup menyusahkan yang miskin. 

Lu kena ingat Najib yang kerajaan haram lu boleh diibaratkan sebagai telur di hujung tanduk. Penyokong BN yang memangkah BN celaka tak apa pasal mereka kaya raya, pasal itu mereka tak kisah jika GST di laksanakan, barang dan minyak naik dengan tiada pendidikan percuma pasal mereka semua mampu dan mereka juga mendesak agar cukai pendapatan dinaikkan kerana Malaysia paling rendah kadarnya. Mereka juga bising-bising kenapa tiada kenaikan tol dilakukan, jika boleh mereka mahu tol dan semua barang-barang yang disubsidikan dinaikkan hingga 100 peratus. Sebagai penutup gua akhirkan dengan kata-kata pergi mampus dengan Umno/Bn, para pencacai dan yang mengundi mereka pada PRU lepas.



N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG


BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA   NAMA PENUH        PARTI    BILANGAN UNDI    KEPUTUSAN1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE     BN    1,803    HILANG DEPOSIT2. LAU KENG EE     DAP    15,403    MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR    :    19,980   

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK    :    243   

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI    :    17,449   

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN    :    17,468   

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN    :    19   

PERATUS PENGUNDIAN    :    87.40%   

MAJORITI    :    13,600


N.13 BerapitNEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT   NAMA PENUH    PARTI    BILANGAN UNDI    KEPUTUSAN1. LAU CHIEK TUAN     BN    2,230    HILANG DEPOSIT2. ONG KOK FOOI     DAP    16,995    MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR    :    22,394   

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK    :    165   

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI    :    19,390   

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN    :    19,422   

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DI KEMBALIKAN    :    32   

PERATUS PENGUNDIAN    :    86.70%   

MAJORITI    :    14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum ini.Mutaligat

No comments: