Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Tuesday, June 5, 2012
RAKYAT SELANGOR TAK PERLU LAYAN PEMERIKSAAN DAFTAR PENGUNDI PKR: MPM - mStar
KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor disaran supaya tidak melayan sebarang pemeriksaan daftar pengundi dari rumah ke rumah yang dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Pengerusi Biro Politik dan Governan Majlis Perundingan Melayu (MPM) Mohd Hilmi Ismail berkata kerajaan negeri tidak berhak melakukan pemeriksaan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"(Semakan daftar pengundi) bukan kerja orang awam, kerajaan negeri atau parti, ia kerja SPR. Bagi saya tindakan ini adalah taktik pembangkang yang nak mencari helah untuk memperlecehkan SPR.
"Pembangkang nak cari salah siap-siap supaya bila mereka tewas pilihan raya umum nanti ada alasan untuk mereka tuduh SPR tak telus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Mohd Hilmi juga menyeru pihak pembangkang supaya bersikap sebagai orang yang budiman dalam menghadapi pilihan raya umum dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan program 'Selangorku Bersih' bagi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat. - TIEWNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment