Sunday, June 3, 2012



MOUNTDWELLER

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN
 PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG
 BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU

Sekiranya Ditaqdirkan Berlaku Ada Orang

 Yang Akan Berbuih Mulut Kena Sawan Ooo...

Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012
Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.
NONE"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim - mk

Perlukah Siva Mengeluarkan Statements Ini?

Yang menuduh hanyalah ingin melihat PR berpecah. Mengapa Siva harus melayan tuduhan sampah ini?
DAP nafi kawal Pas
Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar
Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar
IPOH – DAP tidak pernah mengawal apa lagi menekan Pas dalam menentukan
 hala tuju dan matlamat parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar

 berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP 
berbeza, DAP masih menyanjung tinggi
 Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam
 sebagai agama rasmi.

Menurutnya, isu DAP menjadi punca kecelaruan

 Pas dalam perjuangannya sama sekali tidak timbul.

“Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular.

Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak

 di luar batasan untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai
 agama rasmi.

“Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah

 mempertikaikan perkara itu dan apabila 
isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap
 ia hanya satu taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Pakatan 
Rakyat (PR),” katanya.

Sivakumar berkata, pihaknya kagum dengan

 keyakinan Pas dalam mendepani pilihan raya
 umum akan datang.

“Memang Pas mempunyai peluang baik untuk

 menakluki beberapa negeri pada pilihan raya
 akan datang dan sebagai parti gabungan, 
kita juga sudah sedia membantu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam usaha

 mencapai kematangan berpolitik, ahli politik
 di negara ini tidak harus mengamalkan politik perkauman.

Menurut beliau, sekiranya dasar politik 

perkauman terus dijadikan sandaran, tidak
 mustahil proses menyatupadukan rakyat 
berbilang kaum akan tergendala.

“Jika kita teruskan dengan politik perkauman,

 ini akan membawa impak positif kepada
 seluruh rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan.

“Kenapa kita tidak boleh mencapai tahap 

kematangan politik di mana orang Melayu boleh memperjuangkan keadilan untuk komuniti Cina,
 pemimpin Cina mempertahankan kebajikan untuk masyarakat India, begitu juga sebaliknya.

“Saya kira, jika setiap pemimpin berusaha untuk menegakkan kepimpinan politik yang matang,

 tidak akan timbul soal kepentingan bangsa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, dalam agenda pembangunan 

negara, perjuangan atas nama bangsa hanya 
akan melahirkan generasi yang berpuak-puak.

Berbeza dengan PR katanya, matlamat BN yang ditunjangi Umno, MCA dan MIC dilihat masih

 belum mampu menghakis politik perkauman 
meskipun selepas 1Malaysia diperkenalkan.

“Setiap hari isu perkauman ditimbulkan BN

 melalui ceramah politik dan media arus perdana,
 ini menunjukkan konsep 1Malaysia gagal dicapai 
dan direalisasikan,” katanya.

No comments: