Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Monday, June 25, 2012
Detik Islam
Bekas penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol
2006-2007 derma wang setahun gaji untuk
masjid

Kehangatan bola sepak Eropah tidak membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan. Hasil pendapatn dari sukan termegah di dunia itu digunakan penyerang kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan umat.
Kanoute yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan menampakkan ketaatannya sebagai seorang Muslim di mana pun beliau berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 itu bahkan rela menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar Islam.

Pada tahun 2007, komuniti muslim Sevilla terancam tidak boleh menggelar solat Jumaat berjamaah ketika masjid di bandar itu nyaris ditutup. Izin penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu habis dan terpaksa dijual kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan membeli masjid itu dengan harga 700 ribu dolar AS.
Untuk menyelamatkan masjid itu, Kanoute harus rela menyisihkan sekitar satu tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian, Kanoute tetap tawadhu dan enggan mengulas atas amal mulianya itu.

"Jika Kanoute tidak membelinya, mungkin kami tidak akan lagi boleh beribada solat Jumaat," kata seorang jurucakap Islamic Community of Spain kepada media tempatan Diario de Sevilla.
Kanoute menjadi mualaf pada tahun 1997. Ia memutuskan untuk pindah kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali pada tahun 2004. Ia kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment