Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Thursday, May 24, 2012
Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....
"... PAS mesti ganti UMNO. Di Kelantan, apa yang tiada? Jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit. Di Kelantan, ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan, kerana negara komunis pun ada pembangunan. Apa yang kita bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak.."
Dengor tu kengkawan??
Sekian terima kasih. Wassalam dan wallahua'lam.
Ini nyonya ada akai. Salut!!
Salut sama ini nyonya. Dia pencetus perubahan dalam MCA.
Ini maciam la kita mau. Ubah!! Kita ubah!! Lakukan anjakan paradigma. Be more positif. Ya... Ubah minda supaya jadi lebih rasional. Mari sama-sama bina Malaysia yang lebih baik.
Persoalannya... apakah MCA boleh terima perubahan yang dicetuskan oleh nyonya, Kian Sit Har??
Kita tunggu dan lihat....
Tolak salah laku BN, kata veteran MCA
Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.
"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.
"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.
"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.
"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.
Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.
Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.
"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?
"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.-Mkini

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment