Monday, January 16, 2012

Utusan Meloya

Ingat UMNO, ingat rasuah...!

Lim Kit Siang Takut Dengan Gertakan Najib Rupanya !



Kalau hangpa semua ingat masa perhimpunan Umno yang baru lalu, Najib dengan semua gerombolan Umno ikrar sanggup mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Umno sanggup gadaikan jiwa dan raga demi mempertahankan kuasa memerintah negara Malaysia yang dianggap kepunyaan Umno sejak diperturunkan daripada British dulu.

Masa Najib buat-buat garang ikrar ayat keramat tersebut nampak seluruh dunia gementar dan risau betapa Najib yang dikenali sebagai seorang lelaki putih melepak berbibir merah menyala dan amat romantis dengan kaum wanita secara tiba-tiba bertukar menjadi pendekar lanun Selat Melaka yang amat garang.


Aku masa dengar tu sikitpun tak hairan. Puak tu memang kuat berlakon. Depa boleh berubah irama sekelip mata. Masa berucap kat perhimpunan mereka laungkan Islam dan Melayu kemudia lepas tu masa lepak kat Suite 5 bintang sesama sendiri, mereka start kira komisyen projek songlap duit Rakyat atas nama hak Melayu.

Apa boleh kita harapkan puak macam tu nak pertahankan negara jika ditipa dengan berbagai musibah. kalau depa nampak tak boleh makan, tentu puak tu yang akan belah terlebih dulu. Apa nak risau duit kat Swiss bank berjuta. Tak payah nak payah-payah buat kerja berat-berat.

Tapi hari ni aku dengan Lim Kit Siang minta sangat pada Najib agar berjanji untuk menerima kekalahan BN pada PRU-13 nanti dengan tenang dan terbuka. Lim Kit Siang rupanya masih ingat Najib punya ikrar hari tu dan nampaknya dia memang mengeletar percaya dengan gertakan Najib tu, hahaha.

Tak payah nak percaya sangat Lim Kit Siang ooi, dengan puak tu, kalau nak buat kacaupun depa upah orang lain buat kacau, depa duit jenuh. kalau polis pun depa boleh bayar untuk buat kacau pada musuh depa, apalah sangat pada samseng kampung tiga line tu. Bayar sikit depa anytime boleh buat huru hara.

Kalau PR menang nanti benda paling mula sekali PR kena buat adalah tangkap dan ikat Najib untuk dijadikan tebusan. Bukan tebusa apa, tapi sebagai benteng untuk menghalang puak-puak yang tak puas hati tu buat hal, bila kita letak pisau kat leher Najib yang gebu tu, dan arahkan samseng henti memberontak barulah mereka akan dengar.

Muhyiddin Yassin juga kena cepat-cepat tangkap dan diikat. Dia ni suka menaikkan semangat puak pekida dan mereka yang seumpama dengannya. Samalah dengan semua Menteri Besar tiap negeri yang dipegang BN. Depa semua perlu diikat supaya tak ada peluang pujuk Pas bersatu dengan Umno, untuk pegang kuasa.

Kalau semua orang yang saya sebut itu diikat dan diberkas, keputusan PRU-13 yang memihak pada PR tentu akan secara damai dapat diterima oleh semua rakyat. Selepas kerajaan ditubuhkan dan semua angkat sumpah pegang jawatan, barulah lepaskan semua puak-puak tu. Biarlah mereka larikan diri ke luar negara dan bawa semua harta merdak depa asal jangan kacau malaysia sudahlah.

No comments: