Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Friday, January 13, 2012
Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"
Lim Hong Siang
Di sebalik ugutan "menampar dan meludah pada muka Adam", yang disampaikan melalui video di Youtubeoleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak.
Reezal Merican (gambar kanan) cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan "biadap" yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, "Ayah saya jawab, 'saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu'." Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, "Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan."
Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik. Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu.
Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, "Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang." Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, "Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka."
Selanjutnya:http://wrlr.blogspot.com/

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment