Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Wednesday, December 14, 2011
Tuntut kebebasan akademik: 15 mahasiswa ditahan di KL Sentral
BRICKFIELDS 14 Dis: Seramai 15 mahasiswa ditahan polis kerana mengadakan Flash Mob bagi menuntut kebebasan akademik di KL Sentral petang ini.
Flash Mob berkenaan yang diadakan bermula jam 4 petang itu anjuran Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas).
Kumpulan yang ditahan adalah sebahagian daripada 30 mahasiswa yang berhimpun di depan pintu masuk utama stesen itu.
Mereka menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) serta autonomi akademik di universiti.
Walaupun dikelilingi kira-kira 25 anggota polis yang mahu mereka bersurai, mahasiswa berkenaan enggan menghiraukannya.
Antara ditahan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab dan Pengerusi Gerakan Bebas, Safwan Anang.
Keadilan Daily difahamkan kesemua mahasiswa terbabit dibawa ke Balai Polis Jalan Travers untuk diambil keterangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment