Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56


Friday, September 30, 2011
30 SEPTEMBER 2011 | 7:38 AM
KUALA LUMPUR 30 Sept. – Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) akan memohon campurtangan daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bagi mempertahankan satu-satunya tanah warisan Melayu di Kuala Lumpur.
Penasihat undang-undang SPKB, Zulhazmi Shariff berkata, cadangan kerajaan untuk mewujudkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) mendapat bantahan dan tentangan hebat pemilik dan pewaris tanah.
Penduduk juga katanya mempersoalkan ketelusan borang kaji selidik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menyatakan sebanyak 93.8 peratus pemilik bersetuju dengan rang undang undang berkenaan.
Menurut Zulhazmi lagi, mengikut maklumat yang diterima dari Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS), hanya 30 peratus borang kaji selidik yang dikembalikan.
“Kita nak tahu dengan jelas berapa ramai yang bersetuju. Dedahkan borang dan kaji selidik. Kalau perkara ini tetap diteruskan juga, kami akan mengadap Agong dan Sultan selangor untuk meminta campurtangan,”.
“Jadi kalau 30 peratus bermakna baru 1200 pemilik. Adakah itu satu asas yang kukuh untuk meneruskan RUU PPKB 2010? Itu bukan suara majoriti,” tegasnya.
Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru direkodkan melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.
“Kami ada rekod bantahan yang ditandatangan oleh penduduk yang membantah, cuma kami takkan kemukakan kerana bimbang ia akan dimanipulasi,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi SPKB, Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzaimi memaklumkan bantahan keras daripada penduduk berhubung kaedah penyerahan hak milik tanah kepada kerajaan untuk pembangunan, tanpa jaminan bila ia akan dikembalikan semula kepada pemilik.
Ini termasuk penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan perbadanan tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan MAS dan keanggotaan perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampung Baru.
SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat kosmetik dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik.
RUUPKB dijadual dibentang bagi bacaan kali kedua dalam sidang Parlimen yang bermula Oktober ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment