Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Sunday, June 5, 2011
Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai - oleh Liew Chin Tong
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Liew Chin Thong
Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islampada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.
Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu
Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:● Masyarakat madani● Hak saksama (al-musaawah)● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya● Keadilan (al-‘adalah)● Meritokrasi (as-solahiyah)● Negara berkebajikan● Pentadbiran dinamik dan inovatifSayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah● Takwa● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.comLiew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit BenderaAkhirnya impian Fadzil Noor tercapai - oleh Liew Chin Tong
PAS Kemukakan Usul Di Hari Terakhir Muktamar Supaya Pakatan Rakyat
Ambil Tindakan Undang-Undang Serta 'Perintah Injunksi' Terhadap JPN !!
GOMBAK - Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13.
Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui “projek IC” pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu. “Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil ‘unholly alliance’ antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa,” kata usul itu.
Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebutmendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagimenyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada ramai warga asing.
[Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. “Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa.
Sebenarnya di Pahang, isu yang sama juga dilihat semakin rancak dijalankan. Ramai warga Kemboja dan Mynamar mendapat kad pengenalan dan dihantar ke kawasan parlimen kritikal sebagai pengundi.
Malah, isu ini sememangnya sudah diketahui banyak terlibat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM Najib itu sendiri]. tvsnew
PENIPUAN SEDANG DI RANCANG
MYKAD UNTUK MAT BAGLA
nota:
inilah senjata ampuh
untuk gerombolan menang
pilihanraya nanti!
NIK AZIZ : MAT SABU MENANG KERANA UNDI SAH BUKAN SEBAB UNDI MYKAD - minsider
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan “undian sah” perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.
Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” menang kerusi nombor dua itu dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan majoriti barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.
Dilihat merujuk kepada dakwaan pendaftaran pengundi kalangan rakyat asing menjelang pilihan raya umum, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Mohamad mencapai kejayaannya menerusi undian sah daripada perwakilan PAS.
“Dia (Mat Sabu) bukan menang sebab undi MyKad, bukan undi dari Bangladesh tetapi undi daripada PAS sendiri.
“Perwakilan PAS yakin dengan kepimpinan Mat Sabu. Oleh sebab itu mereka mengundinya,” kata beliau pada ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS di sni malam tadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… LAWAK ORANG TUA INI…. kah kah kah..
kah kah kah..PERLI GEROMBOLAN KAU KAU…. kah kah kah..
kah kah kah… MANA NAK SURUKKAN TIGA TETEK BIK MAMA…. kah kah kah…
kah kah kah...SEMUA SUDAH TERBARAI... kah kah kah..
kah kah kah…SEMUA TAHU TIPU MYKAD MAT BANGLA MENGUNDI…. kah kah kah
kah kah kah…SEMUA TAHU BAGI MYKAD PADA MAT INDON MENGUNDI…. kah kah kah…
kah kah kah..SEMUA TAHU BAGI MAT PILIPINA MENGUNDI …. kah kah kah..
woit… TAPI ABAG MAT YANG UNDI HANYA AHLI PAS…. kah kah kah
NAK TIPU
nota:
inilah senjata ampuh
untuk gerombolan menang
pilihanraya nanti!
NIK AZIZ : MAT SABU MENANG KERANA UNDI SAH BUKAN SEBAB UNDI MYKAD - minsider
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan “undian sah” perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.
Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” menang kerusi nombor dua itu dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan majoriti barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.
Dilihat merujuk kepada dakwaan pendaftaran pengundi kalangan rakyat asing menjelang pilihan raya umum, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Mohamad mencapai kejayaannya menerusi undian sah daripada perwakilan PAS.
“Dia (Mat Sabu) bukan menang sebab undi MyKad, bukan undi dari Bangladesh tetapi undi daripada PAS sendiri.
“Perwakilan PAS yakin dengan kepimpinan Mat Sabu. Oleh sebab itu mereka mengundinya,” kata beliau pada ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS di sni malam tadi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… LAWAK ORANG TUA INI…. kah kah kah..
kah kah kah..PERLI GEROMBOLAN KAU KAU…. kah kah kah..
kah kah kah… MANA NAK SURUKKAN TIGA TETEK BIK MAMA…. kah kah kah…
kah kah kah...SEMUA SUDAH TERBARAI... kah kah kah..
kah kah kah…SEMUA TAHU TIPU MYKAD MAT BANGLA MENGUNDI…. kah kah kah
kah kah kah…SEMUA TAHU BAGI MYKAD PADA MAT INDON MENGUNDI…. kah kah kah…
kah kah kah..SEMUA TAHU BAGI MAT PILIPINA MENGUNDI …. kah kah kah..
woit… TAPI ABAG MAT YANG UNDI HANYA AHLI PAS…. kah kah kah
NAK TIPU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment