Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56
Wednesday, May 11, 2011
Di Petik Dari Sumber
Siapa Yang Lepaskan ANJING BESAR (BIG DOG) ?
BigDog
Banyak anjing-anjing yang mengawal rumah-rumah tuan mereka. Anjing mempunyai rasa sentimental dengan manusia dan ada sesetengah yang berhujah mereka juga boleh bertukar menjadi hipokrit. Di Malaysia, ada seekor anjing besar tertentu yang terhendap-hendap dan hanya timbul di permukaan dalam drama yang berikutnya.
BigDog
Oleh Rottweiler
Banyak anjing-anjing yang mengawal rumah-rumah tuan mereka. Anjing mempunyai rasa sentimental dengan manusia dan ada sesetengah yang berhujah mereka juga boleh bertukar menjadi hipokrit. Di Malaysia, ada seekor anjing besar tertentu yang terhendap-hendap dan hanya timbul di permukaan dalam drama yang berikutnya.
Siapa yang melepaskan Big Dog keluar? Dia menyalak dengan penuh niat jahat iaitu suatu karekter paling khas di dalam hutan konkritnya yang penuh penipuan.
Blogger yang dikenali sebagai Big Dog nampaknya gembira melakukan putar belit tidak masuk akal berkenaan DAP dan Kristian sehingga kini masih bebas, nampaknya menyalak mengkiut alunan lagu tuan politiknya.
Dia dan Marahku (dipercayai Shamsul Yunos) telah menyalakan api hasutan yang menimbulkan api kebencian dengan artikelnya yang kemudiannya dipetik oleh Utusan Malaysia.
Kenyataan terbaru oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menunjukkan sesungguhnya mereka sengaja tidak memegang tali leher Big Dog kerana merekalah yang membiarkan Big Bully Dawg ini berlari ke sana ke mari dengan aksi gila dan fanatik.
Ingat - Menteri Dalam Negeri ini pada 16 Disember 2009 berasa tersinggung terhadap blogger dan membuat kenyataan:"Tidak ada kredibiliti di dalam beberapa posting mereka sementara artikel yang direka-reka dan sensasi hanyalah usaha mereka untuk mendapatkan populariti. Wartawan tempatan mematuhi etika tetapi tidak pada blogger-blogger ini, dan inilah yang membezakan diantara wartawan dan blogger."
Sekarang ini Big Bully Dawg sedang menyalak lagu kegemarannya, ulasannya adalah: "Jenis pergerakan seperti ini boleh dianggap sebagai hasutan dan boleh menyebabkan seluruh negara berada di dalam bahaya."
Tidak hairanlah Big Dog ini masih berkeliaran bebas di jalanan!
Ketepikan semua dahulu, mari kita lihat kecenderungan Big Dog untuk memuntahkan penipuan busuknya dan berniat jahat.
Big Dog, alias Zakhir Muhammad adalah blogger sama yang menerbitkan Akuan Bersumpah (SD) RPK Jun 2008 di dalam blognya yang kemudiannya memberikan masalah kepada RPK dengan polis. Soalan BESAR yang tidak terjawab ialah bagaimana ia boleh memiliki SD yang ketika itu dihantar kepada pihak pendakwa pembunuhan Altantuya.
KENAPA TIDAK SEORANG PUN YANG MENYIASAT PERKARA INI?
KENAPA DIA BEGITU KEBAL DAN DILINDUNGI?
Kenapa begitu? Mungkin pemegang tali di lehernya yang melakukan helah ini.
Peranannya sebagai blogger yang tidak boleh dipercayai boleh dilihat di dalam posting lain di sini dimana ia menulis sebuah hipotetis karut mendalam tetapi nakal bagaimana RPK boleh mendapat sponsor besar. Semua dakwaannya tidak benar, kerana orang-orang seperti Suflan Syamsuddin telah menyangkalnya dalam The Insider Malaysia DI SINI.
Jelas, ia mempunyai udang disebalik batu dengan RPK telah di ISA sedangkan orang sepertinya dan Shamsul Yunos bebas berjalan-jalan dan membuat tahi.
Kebetulan, kerana kita sedang di dalam subjek RPK, lihat VIDEO YOUTUBE INI yang diposting pada bulan Ogos 2009 dan konsisten dengan apa yang RPK kata di dalam wawancara bersama TV3 - bukti kuat bahawa RPK tidak melakukan U-turn dalam wawancara TV3 seperti beberapa dakwaan.
Anjing adalah makhluk yang setia. Namun, anjing jahat seperti Big Dog tidak akan setia. Mereka hanya menyalak dan menggoyang-goyangkan ekornya mengikut melodi $$$. Dia menggelar dirinya anjing BESAR (BIG DOG) tetapi bersaudara dengan lipas iaitu parasit yang biasa dengan najis.
Pengganggu seperti Big Dog biasanya pengecut seperti temannya Marahku yang memadam blognya sambil menggigil dan memegang 'telur'nya. Orang dungu seperti mereka hanya berani mengeluarkan leher mereka hanya dalam situasi yang diatur oleh tangan yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa mereka mempunyai kuasa di sebalik mereka. Jadi, ia melakukan pekerjaan kotor mereka.
WHO LET BIG DOG OUT? Siapa yang memberinya lesen untuk menulis bahan hasutan tersebut dan tetap kekal bebas? Dan kenapa?
Adakah kerajaan peduli bagaimana orang awam melihat meraka dalam perkara ini?
Ke manakah Malaysia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment