Monday, April 18, 2011


Orang IBAN lebih kenal siapa MELAYU, siapa ISLAM
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Analisis IsuOleh: senik

"Assalamualaikum,

Menarik mendengar kisah kisah sepanjang kempen PRN Serawak dari kekawan, petugas PAS yang baru pulang dari Serawak.Di antara banyak kisah menarik yang tidak pernah diketahui terjadi dalam sejarah pilihanraya Malaysia, terselit satu kisah yang mungkin boleh menjadi duri dalam daging kepada bangsa keturunan melayu yang beragama ISLAM.Kisah ini merupakan sudut pandangan orang orang IBAN terhadap MELAYU dan ISLAM di Serawak.

Di satu DUN yang ditandingi oleh PAS dan gerakkerja kempennya diterajui oleh petugas petugas dari semenanjung, pola pengundi di situ terdiri dari masyarakat IBAN dan DAYAK yang beragama kristian serta sekelompok perkampungan melayu yang sepatutnya dikenail sebagai orang ISLAM tetapi bagi masyarakat IBAN setempat kelompok melayu di sini tidak diiktiraf sebagai orang ISLAM. Kenapa?

Seperti diceritakan oleh rakan petugas kempen PAS, kehadiran para petugas diterima baik oleh masyarakat IBAN yang mendiami rumah panjang dan para petugas PAS merasakan mereka diraikan dan dihormati sebagai orang ISLAM. Masyarakat IBAN menegaskan bahawa mereka (para petugas PAS) adalah orang ISLAM yang sebenarnya sambil menyebut orang yang tinggal di kampung bersebelahan ialah orang orang melayu, bukannya orang orang ISLAM. Alasan yang diberikan amat mudah, sebab hampir setiap malam orang orang di kampung itu mabuk jadi orang yang mabuk itu bukan orang ISLAM tetapi hanyalah orang orang melayu kerana keturunan mereka sahaja.

Amat mudah bagi masyarakat IBAN untuk mengenali dan membezakan di antara MELAYU dan ISLAM tetapi perbandingan sebegini merupakan peluru yang menyakitkan bagi kita orang orang melayu yang beragama ISLAM. Tetapi apakah daya, sejarah menyimpangnya melayu dari ISLAM sudah lama berlaku dan disemarakkan oleh orang orang yang mendabik dada sebagai pembela melayu. Percubaan menghapuskan tulisan JAWI menjadi sejarah hitam bagi orang melayu. Satu satunya bangsa yang mencipta tulisan dari huruf huruf alquran akhirnya longlai dek perbuatan anak bangsanya sendiri di mana akhirnya imej MELAYU dan imej ISLAM yang satu ketika dulu adalah satu kini sudah menjadi dua. Dan lebih memilukan lagi mereka yang mengenali bangsa melayu yang berbeza dengan ISLAM itu dicacat dalam sejarah sebagai suku kaum asli Malaysia Timur.

Nilai sebenar melayu pernah dinukilkan oleh prof Syed Naqib Al Alttas diberikan oleh ISLAM. ISLAM seperti seekor ayam jantan yang berkokok memberitahu bangsa melayu bahawa hari sudah siang dan sejak itu melayu terus bangkit dan mencipta tamaddunnya sendiri seperti mana pernah pula dinukilkan oleh Tun Mahadir dalam sajaknya MELAYU MUDAH LUPA.

Tetapi hari ini nilai itu semakin terhakis dek kerjatangan orang yang mengaku sebagai pembela melayu. Siapa mereka? Pendek cerita mereka itu ialah UMNO dan di Serawak pula PBB.Inilah wajah wajah yang merosakkan nilai melayu yang sejak sekian lama di beri oleh ISLAM."


Gambar Hiasan

No comments: