Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56


Friday, March 4, 2011

![]() |


Kesan memilih pemimpin ini bukan setakat perkiraan jalanraya baru berturap, bukan juga habuan ringgit sementara yang kita dapat semasa pilihanraya semata-mata, tetapi kesannya akan turut dirasai oleh anak cucu kita di waktu yang akan datang.
Apatah lagi sekiranya perkiraan dosa pahala kita masukkan, tentunya urusan memilih wakil rakyat adalah satu agenda yang sangat penting.
Bukankah anak cucu kita yang akan meneruskan kehidupan, dengan cabaran hidup dalam zaman ekonomi serba melambung, harga barang terus meningkat, dengan kita saban hari mendengar kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN di Malaysia ini, yang terus didedahkan oleh Laporan Audit Negara sendiri.
Inilah lambang tenatnya pemerintahan negara pada hari ini. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri memberikan gambaran salah dan hodoh kepada kumpulan 'Muslim Brotherhood' dan tokoh ulama dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi kerana menyokong usaha rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengumpul kekayaan negara sebanyak RM210 bilion, dalam keadaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan yang parah. Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan BN pimpinan Najib sememangnya menyokong dan cenderung kepada kumpulan yang merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat dalam kesusahan.
Walaupun pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau ini tidak akan mengubah kerajaan negeri dan negara, tetapi ia boleh menjadi medan rakyat menegur pemerintah. Rakyat di Merlimau dan Kerdau, mesti memberi peringatan kepada kerajaan yang tidak pentingkan rakyat. Berikan undi saudara-saudari sekalian kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Kemenangan PAS di kedua DUN ini, mampu memberi tekanan kepada pemerintah agar segera berubah menjaga kepentingan rakyat atau diubah dalam pilihanraya umum akan datang.
Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, merayu kepada seluruh pengundi Melayu, Cina dan India di Merlimau dan Kerdau supaya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil ini.
Terimakasih di atas sokongan tuan puan sekalian.
Rayuan kepada pengundi Merlimau dan Kerdau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
how to improve brain memory improve brain power fitness brain improve brain function memory improvement vitamins memory games
http://forum.viplinck.com/member.php?u=9173 http://www.perjalananmanusia.com/Forums/index.php?action=profile;u=163025
mind improvement tips short term memory [url=http://UNLOCKMINDPOWER.INFO]improve memory exercises [/url]
Post a Comment