Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Saturday, June 13, 2009

Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew
KOTA BHARU, 14 Jun : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.
Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.
Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.
Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.
"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.
Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.
Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.
"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.
"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.
Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.
Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah.
KOTA BHARU, 14 Jun : - BUKU YANG BOLEH MENAMBAH KEPANASAN PENDIKAR AMIN DI PARLIMEN !

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini iaitu menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Anbakri Publika Sdn. Bhd. telah mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.
Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup 'real' oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Demikian rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak daripada tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.
Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya, dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh-jernihnya sebuah kejadian samada ia tuah atau tragedi. Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.
Penulis : Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain
Pandang Sisi oleh : Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga : RM 15.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment