Saturday, June 13, 2009

Petikan dari





Kisah cinta terlarang PAS-UMNO: Luahan hati si Pemburu Syahid

Di bawah ini teman masukkan satu komen..... lebih berupa luahan hati salah seorang penyokong PAS/Pakatan Rakyat iaitu Pemburu Syadid, berkaitan kisah cinta terlarang PAS-UMNO. Komer baca ler.....

Pemburu Syahid said...

Salam....
Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur. Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

Anda hanya tahu menyebutkan - "KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA". Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status "PIMPINAN" yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

Baca lanjut di http://www.saynotomunafiqeen.blogspot.com/
June 12, 2009 12:55 AM


Berat ni.... berat.... ramai betul orang yang tak redha dengan cinta PAS-UMNO yang dulu nyer secara gelap tapi sekarang dah dibunga-bungakan secara terang-terangan. This love affair dilarang sama sekali. Itu pendapat 'tok ayah' kepada PAS dan juga anak beranak serta sedara mara yang lain. No..... no.... no..... this love affair can't go on. It has to stop!!! It has to stop now!!!

Lantaran itu.... pihak boneka UMNO dalam PAS ni, muhasabah diri ler.... and do the right thing dengan menghentikan serta memutuskan terus ghairah cinta yang terlarang dan dilarang ini. Kalau tidak..... angkat bungkus, pi nikah dan duduk ler serumah dengan UMNO. Orang pun tak gossip lagi. Kalau gossip pun, sekejap jer..... sementara ceriter masih hot. Apabila dah sejuk nanti, orang diam ler......

Pikir-pikirkan lah...... ya????

Kalut.... kalut!!!! Kisah cinta terlarang UMNO-PAS....


Oooooo.... Tuan Guru Nik Aziz marah!!! Marah betul dia pasal kerajaan perpaduan yang dibangkit semula semasa Muktamar PAS yang baru selesai. Ini adalah inti pati kata-kata Tok Guru Nik Aziz..... Pedih telinga weh.....!!!

Suara Pro-UG dalam PAS adalah BONEKA UMNO!!!!
UG adalah ILHAM UMNO!!!

Macam mana tak marah....??? Bukan ke telah diputuskan dalam Muktamar tahun lalu di Ipoh, yang hal muqabalah/muzakarah dan apa-apa yang ada kaiatan dengan rundingan untuk bergabung dengan UBN mesti ditamatkan dan tutup buku. Final..... full stop!!! Semua dah setuju.... nak kukuhkan Pakatan Rakyat!!!

Alih... alih.... tak semena-mena, benda tu dibangkitkan semula. Udah tahu, yang sukakan benda tu, hanya dua tiga kerat jer.... buat apa ler nak dilontar-lontar lagi idea, yang orang tak sudi nak terima. Lepas tu, nak memperkecil-kecilkan pulak pandangan dan nasihat Tok Guru. Weh.... dia dah banyak makan garam dan dah tahu benor lara UBN. Once bitten twice shy.... kata orang putih. Cukup ler, apa yang UBN dah buat pada PAS selama ini. Tak kan nak kena tipu sampai dua tiga kali..... Jangan jadi bodoh!!!

Bila orang semua dah bising.... dah marah..... dah menentang..... dah ngelabah...., komer kata STOP!!! ENOUGH!!!

Ngapa pulak suruh orang berhenti bercakap??? Oh..... bila rasa diri dah tersepit dengan isu yang dibangkit oleh komer sendiri...... nak suruh pulak, orang tutup mulut!!! Komer yang pandai-pandai bukak mulut, lepas tu...... bila mulut orang dah terbukak di sana sini, hingor-bingor..... komer nak suruh pulak orang tutup mulut. Isy...... mana mau nyer!!! Tambah pulak orang tengah marah.... Tak mau nyer.....!!!

Teman pun dah tak seronok hati apabila keadaan dah jadi begini. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut parti huru hara!!! Itu ler komer.... hati orang tua, kita kena jaga. Kalor demer dah kecik hati..... susah jadi nyer.

Benda ni tak boleh dibiarkan berlarutan..... kena buat sesuatu untuk menenangkan keadaan. Orang-orang PAS yang duduk hat di atas tu..... jangan diam jer. Muzakarah pulak antara komer, untuk cari jalan penyelesaian bagi meredakan segala kekeliruan dan kemarahan. Harapan teman, bior ler kemelut UG ni berakhir segera dan kiambang bertaut semula.

Ref:malaysiakini

No comments: