Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Tuesday, May 26, 2009
ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH
May 28, 2009
Petikan dari sumber asal

ULAMA PRO UMNO JANGAN CEPAT MELATAH
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.
Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )
Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?
Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?
Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :-
a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu ?
b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ? Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan ke atas beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”
c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?
d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.
e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta Dun Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?
f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat berketurunan Qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.
f. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun . Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti V.Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah . Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakan kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun menghormati mayat seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ). Lihatlah
Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang bukan Islam !!!
g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.
h. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan. Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?
i) "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang". Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini....ii) "DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam"
dipetik dari sumber blog
Fikiran Daku
Nabi dan Rasul kemudian para sahabat kemudian alim ulama dan orang yang soleh kemudian syahid.
sila lah baca...how mufti boleh menyokong mereka yang telah merosakkan aqidah umat Islam. tak tahukah dia kejadian murtad yang semakin parah akibat daripada kemungkaran Allah Taala terhadap tindak tanduk kerajaan ummnooo sekarang. menjauhkan umat Islam daripada Allah Taala supaya tidak taat dan takut akan perintah Allah. inilah mufti duit..mufti pangkat..Ya Allah..sekarang dia ditanah suci Mu..tanah yang hanya mampu dipijak orang yang suci hatinya dan imannya. manusia yang mengunjungi rumahMu ini cakapnya sekarang telah ditakluki nafsu dan harta.. Ya Allah..daku takut cakapnya akan mempengaruhi umat Islam yang lain..daku mohon kepadaMu agar selamatkanlah diri dan keluarga dan AgamaMu ini jauh daripada guru yang sedang hancur keperibadiaannya.
sila baca kenyataan ini-----------------------------------------
Ya Allah Ya Tuhan ku...selamatkan lah kami semua dari manusia seperti ini
Posted by Ibnu Ahmad
.
.
Fikiran Daku
Nabi dan Rasul kemudian para sahabat kemudian alim ulama dan orang yang soleh kemudian syahid.
Ya Allah..dia berada di tanah suci Mu sekarang
sila baca kenyataan ini-----------------------------------------
Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO !Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan.Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir !Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ?
Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana Nik Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM !
Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM !
sila baca temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.
adakah dia memikirkan agamaMu ini untuk orang melayu sahaja, Al-Quran untuk melayu sahaja.
Ya Allah hatiku kini sangat merah kepanasan dikala ulama' seperti ini sanggup membantu kumpulan yang terang-terang merosakkan AgamaMu. Engkau sangat berkuasa terhadap sesiapa pun...daku hanya mampu untuk berdoa agar perkara ini tidak terjadi kepada
daku,keluarga,sahabat dan umat Islam lain.
Ya Allah hatiku kini sangat merah kepanasan dikala ulama' seperti ini sanggup membantu kumpulan yang terang-terang merosakkan AgamaMu. Engkau sangat berkuasa terhadap sesiapa pun...daku hanya mampu untuk berdoa agar perkara ini tidak terjadi kepada
daku,keluarga,sahabat dan umat Islam lain.
kepada mufti Perak yang daku tukar kepada sabut sampah harussani kembalilah ke pangkal jalan. engkau itu adalah ulama dan guru agama..selagi mana kamu bercakap bergini, hancurlah umat Islam akibat perbuatan mu ini..
Ya Allah Ya Tuhan ku...selamatkan lah kami semua dari manusia seperti ini
Posted by Ibnu Ahmad
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment