Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Saturday, May 23, 2009
Ustaz Ahmad Awang beri penjelasanMohd Rashidi HassanKUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam. Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu. "Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri. "Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya. Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar. "Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat. "Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya. Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat. Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri. "Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau. Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._ |
|---|
Jawapan bagi soalan tersebut ialah, kita perlu menyelamatkan Zambry disebabkan hadis ini, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyuruh.Artikel ini saya rasa dapat diterima oleh semua pihak, mahupun penyokong BN atau PR. Ini kerana tulisan saya ini bertujuan untuk menolong sesiapa sahaja. Persoalan pertama yang saya kemukakan, kenapakah kita perlu berfikir untuk menyelamatkan Zambry? Artikel ini juga adalah sambungan daripada artikel sebelum ini yang bertajuk “Kita Perlu Menyelamatkan Zambry Daripada Ditimpa Bencana”. Bantulah saudara kamu yang melakukan kezaliman, dan mereka yang dizalimi. Baginda SAW ditanya : “Bagaimanakah kami membantu orang yang menzalimi? Baginda SAW menjawab : “Sekatlah ia daripada melakukan kezaliman” (Jami’ Saghir : 2738) Sekiranya Zambry itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukan. Sekiranya Nizar itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukannya. Inilah sebab kenapa kita perlu membantu menyelamatkan beliau. Selain itu, saya cuba mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak tentang erti kesabaran. Kesabaran yang tinggi ialah tidak mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada beliau, walaupun kita mampu untuk berbuat demikian. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW setelah pulang dari Thaif. Ketika di Thaif, beliau dilempar dengan batu oleh masyarakat di sana, najis dan sebagainya. Tetapi apabila malaikat datang kepada Baginda SAW, malaikat tersebut bertanya “Adakah engkau ingin aku terbalikkan bumi Thaif?” Baginda SAW berkata “Jangan berbuat demikian, cuma aku berdoa agar generasi mereka akan menerima Islam”. Saya mengajak semua supaya mencontohi akhlak Baginda SAW ketika dizalimi. Doakanlah supaya Zambry diberi hidayah oleh Allah SWT. Ataupun kita berdoa supaya Allah SWT memberi kemenangan kepada Islam. Tidak kiralah sesiapa pun yang membawa Islam. Kalau Baginda SAW pun boleh bersabar dengan penghinaan sedemikian, kita ini baru sekelumit. Adakah dengan ujian yang sedikit ini kita sudah mengeluh? Ketika di Thaif, Baginda SAW dilemparkan batu, sehingga berdarah. Termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, turut sama menghina Baginda SAW. Kita hari ini baru sedikit untuk dibandingkan. Maka, pesananku kepada pembaca budiman, bersabarlah dengan tiga benda. Iaitu bersabar dengan ujian, bersabar untuk meneruskan perjuangan dan bersabar dalam menghadapi musuh. Salam Perjuangan Dr Fikrah Kita dizalimi, rakyat Perak dizalimi, dan doa orang yang dizalimi ini makbul. Apakah kemenangannya hari ini juga disebabkan doa orang yang dizalimi. Kemungkinan besar “ya”, kerana kebanyakan orang yang dizalimi berdoa supaya Zambry dijatuhkan, tetapi kemenangannya hari ini juga adalah kejatuhan bagi beliau. Orang yang dizalimi juga akan mendoakan supaya beliau ditimpa bencana, dan beliau akan ditimpa bencana. Antara bencana yang diterimanya ialah kemenangan beliau hari ini. Walaupun pada pandangan manusia biasa, ia adalah satu kemenangan, tetapi kadangkala kemenangan itu adalah satu bencana. Sedikit kisah sebagai pengajaran. Seorang manusia yang berjudi, akhirnya menang dalam perjudiannya. Ketika sedang berjalan pulang, perompak menahan keretanya kerana sudah mengetahui bahawa dia memenangi perjudian yang besar. Ketika sedang bergelut dengan perompak, kakinya tercedera kerana ditikam dengan pisau. Akhirnya beliau merana seumur hidup kerana kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik, akibat menang dalam perjudian. Saya tidak mengatakan Zambry menang berjudi, tetapi pengajarannya ialah, kadangkala kemenangan itu membawa bencana, dan merana. Apakah bencana yang diterima oleh beliau setelah menang? Bencananya ialah, dia lebih terdedah dengan doa orang yang dizalimi. Kalau sebelum ini orang mendoakan supaya dia dijatuhkan, kemungkinan selepas ini ada yang mendoakan supaya dia dilumpuhkan. Bolehkah mendoakan kecelakaan kepada orang lain? Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al Quran Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); melainkan orang yang dianiaya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah an Nisa : 148) Daripada ayat ini ulama’ telah mentafsirkan bahawa ayat ini mempunyai dua maksud, samada orang yang dizalimi dibenarkan untuk mendoakan kecelakaan kepada si zalim, atau orang yang dizalimi boleh menceritakan kejahatan si zalim. (Sila rujuk Tafsir ad Durrul Manthur Fi Tafsir Bil Ma’thur bagi Imam Sayuti) Di dalam tafsir tersebut juga menerangkan bahawa ia adalah satu keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang dizalimi. Maka, apa yang saya khuatiri ialah Zambry terdedah dengan kutukan dan doa orang yang dizalimi. Beliau akan merana dengan doa-doa rakyat Perak. Ingatlah bahawa pertuturan itu adalah satu doa. Maka, berhati-hatilah wahai Zambry. Sekiranya orang yang dizalimi mendoakan supaya anda lumpuh, maka dapatkah anda menahan doa tersebut? Sekiranya orang yang dizalimi mendoakan anda menjadi gila, maka dapatkah anda menahan doa tersebut? Maka, saya mengesyorkan kepada rakyat Perak supaya menyelamatkan beliau daripada terkena doa-doa yang membahayakannya! Bagaimanakah cara untuk menyelamatkannya? Lihatlah artikel akan datang… “Kadangkala Kita Perlu Berfikir Untuk Menyelamatkan Zambry” Salam Perjuangan Dr Fikrah MOHON RESTU RAKYAT? Inilah ungkapan yang disuarakan di banner-banner jalanan ketika pilihanraya Bukit Gantang sebelum ini. Ungkapan ini dikepilkan bersama gambar Ismail, Zambry dan Najib. “Mohon restu rakyat”? Restu apakah yang ingin dipohon kalau hari ini beliau sekali lagi dinobatkan sebagai Menteri Besar Haram yang sah. Beliau jugalah yang menyebabkan kucar kacir di Perak. Beliau jugalah yang membuang karan rakyat Perak! Saya tidak tahu lagi mengapa masih wujud penyokong BN hari ini walaupun Zambry sudah melakukan sesuatu yang keji pada hari ini? Mahkamah sudah putuskan bahawa Zambry adalah MB Haram yang sah. Sekiranya kita mengatakan mahkamah salah, orang BN pasti akan mengatakan “terimalah keputusan dengan berlapang dada”. Zambry juga ketika kalah tempoh hari mengatakan bahawa beliau menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada. Mengapa hari ini kita tidak setuju dengan mahkamah? Penjelasan yang sesuai di sini ialah, orang yang jahat sepatutnya berlapang dada sekiranya orang mengatakannya sebagai jahat, tetapi orang baik mana mungkin dapat menerima sekiranya orang menuduhnya sebagai jahat. BN akan berhujah dengan keputusan mahkamah. Namun, persoalannya, kalau benar Zambry berlapang dada ketika pengesahan Nizar dibuat, masakan dia membuat rayuan sehingga hari ini beliau pula yang menjadi MB? Sama sahaja. Mungkin BN ingat bahawa mereka yang menang adalah berada di atas kebenaran, tetapi anda jangan lupa, orang jahat pun selalu menang. Saya teringat dengan kalam “mohon restu rakyat”, yang dipopularkan sebelum ini. Hari ini, anda perhatikan sendiri, rakyat manakah yang merestuinya sebagai MB? Siapakah yang dikatakan gila kuasa sekarang? Nizar sudah memberitahu sebelum ini, dia akan membubarkan dun sekiranya beliau menjadi MB. Tetapi belum sempat dibubarkan, Zambry kembali sebagai MB dalam masa kurang 7 jam! Masihkah anda buta dengan kejahatan Zambry ini? Siapakah yang menzalimi siapa? Zambry MB Haram yang sah kerana kenaikannya sebagai MB tiada siapa yang mempersetujuinya. Entah bagaimana dia boleh bergelar MB. Adakah MB haram yang anda restui? Wahai penyokong BN, semakin lama Zambry bergelar MB Haram, semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya. Tidakkah anda menyayangi Zambry itu? Sekiranya anda menyayanginya, maka hentikan kezaliman yang dilakukannya. Saya tidak sanggup melihat beliau didoakan oleh semua makhluk di dunia. Zambry terdedah dengan doa-doa yang akan menjahanamkannya. Bayangkanlah sekiranya separuh rakyat Perak mengerjakan Solat Hajat untuk menjatuhkannya, atau memberi balasan yang setimpal… Apakah nasibnya selepas ini? Artikel selepas ini, akan menceritakan bagaimana perlunya kita menyelamatkan beliau daripada ditimpa bencana daripada doa-doa yang mengutuknya…. Salam Perjuangan |
|---|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment