Tuesday, April 7, 2009

Pemimpin BN Mula Keluar Dari Bukit Gantang

BUKIT GANTANG [5.04 pm] - Seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, amat mudah untuk mengetahui BN menang atau kalah dalam sesuatu pilihanraya kecil biarpun keputusan rasmi belum diumumkan. Caranya ialah awal-awal lagi pemimpin UMNO, BN dan para menteri sudah mula "cabut lari" meninggalkan kawasan terbabit untuk mengelakkan malu akibat kekalahan mereka. Ini berlaku di Bukit Gantang, apabila kami mendapat maklumat bahawa pemimpin UMNO dan menteri-menteri BN telah mula keluar dari Bukit Gantang biarpun kiraan undi masih belum dijalankan. Apakah ini bermakna Pakatan Rakyat akan menang diParlimen Bukit Gantang? Dan Ir.Nizar bakal menjadi ahli parlimen kawasan terbabit? Tamparan hebat buat UMNO dan BN jika ini berlaku.

No comments: