Semua artikel di dalam blog.ini di ambil dari blog.lain yg.mengambil kira kebaikan,dan keberkesanan Ilmu,Pandangan,maklumat yg,perlu di sebarkan.terima kasih.
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاء وَلاَ نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Surah Yusuf, Ayat 56

Friday, April 17, 2009
Keputusan Mahkamah
| Mohamed Hanipa Maidin Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT | |||||
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan. Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas. Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar. Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: 1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang. 3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang. 5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya. 6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak. 7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009. 8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan. Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut. Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya. Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang. Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. --------------------------------------------------------------------------------- | |||||
Patutler MB DPulau tergesa-gesa keluarkan notis Sidang DUN .. mampus UMNO
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan penggantungan MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri Sidang DUN Perak sebenarnya tidak menggembirakan UMNO kerana
1. Mahkamah yang sama telah menolak untuk mengistiharkan bahawa keputusan Speaker menggantung MB DPulau dan enam exconya adalah bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak
2. Mahkamah juga telah menolak untuk mengistiharkan bahawa perbuatan Speaker menggantung MB DPulau dan enam exconya adalah menyalahi undang-undang
3. Mahkamah telah menolak untuk mengistiharkan bahawa MB DPulau dan enam exconya berhak untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Sidang DUN Perak
4. Mahkamah telah menolak untuk mengistiharkan bahawa DUN Perak tidak terikat dengan keputusan Speaker menggantung MB DPulau dan enam exconya
5. Mahkamah telah menolak untuk mengistiharkan bahawa DUN Perak tidak terikat dengan segala arahan, perintah dan petunjuk berbangkit tentang keputusan Speaker pada 18 Februari 2009
6. Mahkamah telah menolak untuk mengistiharkan perintah-perintah yang berkaitan DUN Perak
Mahkamah hanya membatalkan penggantungan untuk hadir sahaja, tetapi tindakan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri Sidang DUN adalah tidak menyalahi undang-undang. Speaker masih boleh menghalang mereka untuk hadir. Jikalau hadirpun, mereka boleh dihalang daripada mengambil bahagian dalam Sidang DUN (Sila rujuk perkara 3). Jadi pemerhati jer. Cakap tak boleh, ngundipun tak boleh. Hangat pijor yeop ..
Mahkamah hanya membatalkan penggantungan untuk hadir sahaja, tetapi tindakan Speaker menggantung mereka daripada menghadiri Sidang DUN adalah tidak menyalahi undang-undang. Speaker masih boleh menghalang mereka untuk hadir. Jikalau hadirpun, mereka boleh dihalang daripada mengambil bahagian dalam Sidang DUN (Sila rujuk perkara 3). Jadi pemerhati jer. Cakap tak boleh, ngundipun tak boleh. Hangat pijor yeop ..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
~penarik beca
~penarik beca
Mahkamah boleh jerit, tapi abuk pun tarak! Itulah kefahaman saya dari tulisan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan (lihat Malaysiakini 18/4/09 "Perak crisis: Judges have let Najib down").
Lebih kurang seperti di bawah kefahaman saya mengenai apa yang dia kata dalam bahasa Mat Salon tu:
Katakan Sivakumar tak ambik pot langsung perisytiharan Mahkamah Persekutuan itu, Suppose Sivakumar were to ignore the declarative decree of the Federal Court, jadi lagu mana pulak?
Perkara 72 (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan, "Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya".
Apa pun Mahkamah persekutuan nak cakap, cakaplah. Tetapi Speaker (Dewan Undangan Negeri) tidak tertakluk kepada sebarang prosiding mana-mana mahkamah sepanjang yang berkaitan dengan apa jua yang beliau katakan atau undi yang diberikan olehnya dalam prosiding Dewan Undangan Negeri.
Kepada saya, perintah Mahkamah Persekutuan kelihatan menjadi "brutum fulmen" dalam Bahasa Latin atau "ineffectual thunderbolt" dalam Bahasa Inggeris - tindakan yang nampak gempar habis tapi tak dak apa kesan pun!
Itulah kefahaman saya. Kepada yang pandai cakap Orang Putih, harap sangat betulkan kefahaman saya jika tak betul. Berikut ialah apa yang Chan tulis dan bahasa Orang Putih:Suppose Sivakumar were to ignore the declarative decree of the Federal Court, what then?Berikut pula ialah Perkara 72 Perlembagaan Malaysia (Keistimewaan Dewan Undangan):
Clause (2) of Article 72 of the Federal Constitution says that "No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof'.
The Federal Court can say anything they like but the speaker is not liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the legislative assembly.
The order of the Federal Court seems to me to be a ‘brutum fulmen’, which in Latin means "ineffectual thunderbolt” - an action which is loud but ineffective.
(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.
(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.
(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.
(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment