Thursday, April 2, 2009



Bukit Gantang .
MCA: kami mau jawatan TPM...
MCA tuntut jawatan TPM Cina

Apr 3, 09 3:03pm

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.


Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."


ADMIN - KEDAHLANIE TIME


Latest News: 2,000 sertai PKR di N25
2000 bekas PPP sertai KeADILan di Bukit Selambau


Oleh Anna Yusof

BUKIT SELAMBAU, 3 April (SK): Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.

Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.

Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.

“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.

“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful

“Rakyat Bukit Selambau kini tadak boleh dipermainkan dengan sentimen untuk merestui segala permainan kotor BN yang semata-mata mahukan kemenangan namun tidak akan mendengar kesusahan rakyat di sini,” tambah beliau lagi.

Menurut Saiful, peratusan peyokong Pakatan Rakyat telah meningkat dengan mendadak bila ramaipemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat iaitu, Anwar Ibrahim, Murshidul Am Pas Nik Aziz dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang datang berceramah di kawasan Bukit Selambau.

“Jadual ceramah di adakan pada setiap malam di merata-rata tempat dalam kawasan Bukit Selambau dengan mengundang ahli pimpinan atasan Pakatan Rakyat termasuk Persiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,” kata Saiful.

No comments: